mattzzx Publish time 29-2-2024 10:18 AM

Fernandes jadi sasaran terjahan keras- Ten Hag

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bruno_1709168809.jpg
BRUNO Fernandes cuba dicekek pemain Nottingham Forest dalam aksi pusingan kelima Piala FA. FOTO Agensi

Nottingham: Erik ten Hag mendakwa Nottingham Forest mengamalkan taktik 'kotor' apabila menyasarkan Bruno Fernandes dengan terjahan keras sepanjang aksi pusingan kelima Piala FA itu.

Fernandes yang baharu pulih daripada kecederaan bagaimanapun menampilkan aksi yang mengagumkan apabila berjaya membantu United mara ke suku akhir dengan merakam kemenangan 1-0 di City Ground.

Bintang Portugal itu mengambil sepakan percuma yang kemudiannya disempurnakan Casemiro pada minit ke-89 untuk mengesahkan pertembungan suku akhir dengan musuh ketat Liverpool.

"Saya tidak mahu bercakap mengenainya kerana anda melihat Forest menyasarkannya (terjahan keras ke atas Fernandes), saya pernah katakan sebelum ini Fernandes baru baik daripada kecederaan serius," kata Ten Hag.


"Terdapat banyak kekasaran terhadapnya. Terjahan terlalu keras apabila dia menguasai bola, mereka merantainya dengan terlalu ketat.

"Dia sebelum ini mengalami kecederaan serius yang dialami Sabtu lalu dan hari ini dia juga berjuang untuk menjadi sebahagian daripada permainan, dan dia mungkin sedang menahan kesakitan.

"Musim lalu dia juga mengalami nasib sama namun tetap mahu beraksi dan ini menunjukkan wataknya yang sebenar, watak seorang ketua dalam padang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/02/1065289/fernandes-jadi-sasaran-terjahan-keras-ten-hag
Pages: [1]
View full version: Fernandes jadi sasaran terjahan keras- Ten Hag


ADVERTISEMENT