mattzzx Publish time 28-2-2024 04:10 PM

Pochettino rayu pemilik Chelsea bersabar

https://assets.bharian.com.my/images/articles/poche28224_1709098694.jpg
Mauricio Pochettino gagal mengemudi kemenangan Chelsea pada final Piala Liga Inggeris menentang Liverpool di Stadium Wembley, London Ahad lalu. – Foto REUTERS

LONDON: Pengurus Mauricio Pochettino memohon pemilik Chelsea supaya bersabar dan memberinya masa yang diperlukan untuk kembali meraih kemenangan sekali gus mengubah nasib kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pengendali dari Argentina itu berada dalam tekanan memuncak susulan kekalahan 1-0 di tangan Liverpool pada final Piala Liga Inggeris Ahad lalu, dengan pemenang Liga Juara-Juara dua kali Chelsea turut menghuni tangga ke-11 liga serta berdepan tugas getir untuk layak ke pertandingan Eropah.

Chelsea menentang pasukan divisyen dua Leeds United pada pusingan kelima Piala FA awal pagi esok dan kekalahan di laman sendiri kepada Leeds, yang tidak kalah dalam 12 perlawanan berturut-turut, pasti melonjakkan lagi tekanan buat Pochettino.

Kelab London itu terkenal dengan polisi memecat pengurus selepas gagal memenangi trofi kejuaraan, namun Pochettino berkata beliau percaya pemilik tidak akan membuat tindakan terburu-buru.



"Staf kelab ini, selepas lapan bulan kami membentuk satu hubungan yang amat akrab. Apabila pemain benar-benar percaya dengan cara kami bekerja ia mengambil masa," kata Pochettino kepada wartawan.

"Masalahnya kami memerlukan masa dan kesabaran untuk memenangi perlawanan. Kami juga perlukan kesabaran daripada pemilik memberikan segala kemungkinan untuk terus berjuang.

"Saya berasakan sokongan daripada mereka. Saya tidak boleh menipu anda. Apabila saya menaiki tangga di Wembley, saya terlalu kecewa. Hampir menangis. Tetapi saya nampak Behdad (Eghbali), saya nampak Todd (Boehly) dan saya berjabat tangan dengan kedua-duanya." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/02/1217622/pochettino-rayu-pemilik-chelsea-bersabar
Pages: [1]
View full version: Pochettino rayu pemilik Chelsea bersabar


ADVERTISEMENT