mattzzx Publish time 28-2-2024 04:02 PM

Misteri 2 mangsa melecur

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/melecurr23_1709104610.jpg
Dua individu melecur hampir keseluruhan badan dalam kebakaran membabitkan sebuah kereta dan motosikal di hadapan sebuah rumah di Taman Utama, Bercham di sini hari ini. Foto ihsan Bomba Perak

Ipoh: Seorang lelaki dan wanita parah melecur seluruh tubuh sejurus sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan motosikal Honda C70 terbabit kemalangan.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi tadi, kenderaan MPV dan motosikal berkenaan hangus terbakar di hadapan sebuah rumah di Taman Utama, Bercham di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan 10 anggota dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

"Sebaik anggota bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa lelaki berusia lingkungan 60-an dan wanita berusia 50-an sudah berada di tepi kereta. Kedua-dua mangsa dipercayai dibawa keluar dari kenderaan oleh orang awam," katanya semalam.



Menurut Azman, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi mendapatkan rawatan kecemasan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata tidak dapat dipastikan sama ada dua mangsa itu berada di dalam MPV atau motosikal berkenaan sejurus sebelum kejadian berlaku.

Ditanya sama ada kebakaran itu berpunca daripada kemalangan, jurucakap berkenaan sekadar menyatakan punca kejadian masih dalam siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1065092/misteri-2-mangsa-melecur
Pages: [1]
View full version: Misteri 2 mangsa melecur


ADVERTISEMENT