mattzzx Publish time 28-2-2024 11:39 AM

F1: Hamilton mampu ikut jejak Schumacher

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/LEWIS-HAMILTON-3.jpg
HAMILTON perlu mengikut jejak Schumacher di Ferrari apabila perlu cepat menyesuaikan diri dengan jentera. - AFP

ABU DHABI – Pengulas sukan F1, Martin Brundle menggesa Lewis Hamilton untuk mencapai keserasian dengan lebih pantas sebaik menyertai Ferrari musim depan seperti yang dilakukan oleh Michael Schumacher sebelum ini.

Hamilton memutuskan untuk meninggalkan Mercedes pada akhir musim ini dan bakal menyertai Ferrari pada 2025 dengan alasan untuk mencari cabaran baharu sekali gus mampu membantunya memburu gelaran dunia kelapan.

Juara dunia tujuh kali itu yang dianggap pelumba F1 paling berjaya meraih 103 kemenangan telah mengumumkan perpindahannya pada 1 Februari lalu yang dianggap mengejutkan selepas hampir 10 tahun bersama Mercedes.

Kehadiran Hamilton seakan memberi sinar baharu buat Ferrari mahu kemarau gelaran F1 selepas kali terakhir mereka memenanginya pada 2007 menerusi Kimi Raikkonen.

“Beliau mampu melakukan apa yang telah Michael Schumacher dan memungkinkan Ferrari untuk muncul juara sekali lagi atau dia juga boleh melakukan seperti Fernando Alonso atau Sebastian Vettel yang hampir berjaya, tetapi kelihatan cukup baik dalam beberapa keadaan,” katanya.

Brundle percaya bahawa cara Hamilton menangani minggu-minggu awalnya di Ferrari akan menentukan sama ada dia mampu memiliki permulaan yang baik bersama pasukan itu atau tidak.

“Saya fikir jika Lewis benar-benar ingin mendapatkan permulaan yang cepat, dia perlu menyesuaikan dirinya,” kata Brundle – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02/28/f1-hamilton-mampu-ikut-jejak-schumacher/
Pages: [1]
View full version: F1: Hamilton mampu ikut jejak Schumacher


ADVERTISEMENT