sfhzuraz Publish time 28-2-2024 11:06 AM

Remaja lelaki 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Ketil

Remaja lelaki 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Ketil


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 28, 2024 @ 9:59am bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kuala_ketil_1709085582.jpg
Anggota bomba menggunakan bantuan anjing pengesan (K-9) JBPM untuk mencari remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil. - Foto BOMBA



BALING: Remaja lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, petang semalam.
Operasi mencari Muhamad Fakhrullah Mohamad yang ditangguhkan semalam diteruskan hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 6.29 petang, semalam.
"Tindakan awal yang dilakukan anggota adalah dengan melakukan pencarian di permukaan air di sepanjang lokasi mangsa terjatuh dan di kawasan sungai itu," katanya dihubungi, hari ini.
Mohd Jamil berkata, operasi yang ditangguhkan sementara malam tadi disambung semula pagi hari ini yang tertumpu di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.
Operasi turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba dan dibantu Unit Anjing Pengesan (K-9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Remaja lelaki 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Ketil (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Remaja lelaki 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Ketil


ADVERTISEMENT