sfhzuraz Publish time 27-2-2024 09:35 PM

Cikgu Man tetap raikan kenalan walaupun sedang sakit

Cikgu Man tetap raikan kenalan walaupun sedang sakit


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 27, 2024 @ 8:31pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/arwah_1709037009.jpg
Jenazah mantan Ketua Biro New Straits Times (NST) Noor Adzman Baharuddin dijangka dikebumikan selepas solat maghrib di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara di sini.- Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli



GEORGETOWN: "Arwah memang suka raikan kawan, hinggakan ada kenalan yang datang melawat (di wad) pun dia masih mahu ajak pergi makan."
Begitu kata Datuk Noorashidah Ahmad, 63, isteri kepada bekas Ketua Biro New Straits Times (NST) Noor Adzman Baharuddin yang meninggal dunia akibat kanser hati di sini, hari ini.
Noor Adzman yang dikenali sebagai 'Cikgu Man' dalam kalangan rakannya meninggalkan dua anak iaitu Izza Azrin 36, dan Qistina Aisyah, 30.
Noorashidah berkata, suaminya sudah hampir dua minggu dimasukkan ke wad di Hospital Island, sebelum menghembus nafas terakhir pada jam 12.59 tengahari.
Katanya, sebelum ini arwah kurang makan tetapi banyak bercakap sejak Jumaat lalu.
"Adakalanya arwah berkata mahu pergi main golf dan jumpa kawan-kawan serta mahu makan 'macam-macam'.
"Semalam, doktor beritahu penyakitnya membuatkan dia semakin lemah dan berhalusinasi. Arwah juga mengadu sakit belakang dan bertanya bagaimana mahu hilangkan kesakitan itu.
"Dia pun tak mahu cakap sangat masalah dia tetapi kami boleh lihat yang dia sedang menahan kesakitan," katanya di sini, hari ini.
Menurut Noorashidah, arwah suaminya kelihatan gembira apabila ramai kenalan yang datang melawat.
"Saya reda dengan pemergiannya, sekurang-kurangnya arwah tidak lagi perlu menanggung sakit.
"Paling menggembirakan saya apabila ramai kenalan yang datang mendakwa arwah bukan hanya sekadar kawan, tetapi ada yang menganggapnya sebagai seorang bapa, mentor dan suka membantu.
"Ternyata arwah seorang yang baik, hari ini kita kehilangannya," katanya lagi.
Terdahulu, BH melaporkan pemergian Allahyarham selepas menderita penyakit itu sejak setahun lalu.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara di sini, selepas solat Maghrib.
Cikgu Man tetap raikan kenalan walaupun sedang sakit (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Cikgu Man tetap raikan kenalan walaupun sedang sakit


ADVERTISEMENT