mattzzx Publish time 27-2-2024 04:42 PM

El Nino: Lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/WhatsApp-Image-2024-02-27-at-2.45.04-PM.jpeg
Nor Hisham (tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Jabatan Bomba Penyelamat dan Malaysia (JBPM) mengenal pasti lima negeri mempunyai kapasiti tanah gambut tinggi yang berisiko berlaku kebakaran hutan sekiranya berlakunya pembakaran terbuka semasa fenomena El Nino.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kawasan yang dikenal pasti ialah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, Sipitang dan Beaufort di Sabah, hampir keseluruhan Selangor, Johor selain Sarawak.

Katanya, sehubungan itu, JBPM sudah menjalankan koordinasi dengan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, dan Jabatan Mineral dan Geosains termasuk pihak ladang di bawah kawal selia pejabat daerah.

“Langkah awal itu bagi memastikan pam, empangan dan paras air berada mengikut keperluan. Kawasan parit juga perlu berada paras iaitu 60 sentimeter.

“Kawasan hutan tersebut yang dikenal pasti melibatkan tanah gambut yang dimajukan dengan keluasan 201,000 hektar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Hisham memberitahu,sehubungan itu semua anggota diarahkan supaya melakukan rondaan khususnya di kawasan tanah gambut sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak terperangkap kebakaran hutan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02/27/el-nino-lima-negeri-berisiko-berlaku-kebakaran-hutan/

Mary_jane Publish time 27-2-2024 11:24 PM

Tengah panas berdenting ni ada juga yang siap bakar terbuka. Kang merebak kena rumah kan dah susah. :curse:
Pages: [1]
View full version: El Nino: Lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan


ADVERTISEMENT