mattzzx Publish time 27-2-2024 04:26 PM

PDRM anjur seminar jenayah siber dan narkotik

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HACK_1709020649.jpg
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) bersama dan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd (AIS) akan menganjurkan siri seminar jenayah siber dan narkotik sepanjang tahun ini.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, tiga seminar bakal diadakan iaitu Special Dialogue 1 2024 sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-217 di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini 11 Mac depan.

"Dua lagi ialah PDRM Special Dialogue on Narcotics pada 22 Ogos di Maktab PDRM Kuala Lumpur dan Asia International Security Summit & Expo (Aisse) bermula 8 hingga 10 Oktober di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

"Objektif seminar ini adalah bagi memberi kesedaran kepada peserta mengenai cabaran baru dalam bidang keselamatan dan kesihatan awam terutamanya membabitkan jenayah siber dan narkotik," katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurutnya, sebagai agensi penguatkuasaan utama negara, PDRM bertanggungjawab melindungi masyarakat daripada sebarang ancaman jenayah.

Katanya, beliau juga komited dalam memperkukuhkan keupayaan penyiasatan pencegahan dan membanteras jenayah.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1064784/pdrm-anjur-seminar-jenayah-siber-dan-narkotik
Pages: [1]
View full version: PDRM anjur seminar jenayah siber dan narkotik


ADVERTISEMENT