mattzzx Publish time 27-2-2024 03:36 PM

'Saya tidak boleh bayangkan jika sesuatu berlaku kepada Boy'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-02-27_13-46-33_1709012891.jpg
NORAINI dan Rozmi bersama Boy yang terlantar sejak 2006. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: "Semakin meningkat dewasa, keperluan Boy semakin meningkat dan bantuan diterima tidak mencukupi," kata Noraini Muda.

Noraini, 48, dari Kampung Laut ibu angkat kepada Muhamad Danish Iskandar Abdul Malik, 18, atau mesra dipanggil Boy yang menghidap penyakit saraf Cerebral Palsy (CP) terlantar.

Katanya, dia bersama suami, Rozmi Awang, 55, menjaga anak istimewa itu sejak berusia empat bulan selepas bayi itu ditinggalkan ibu kandungnya.

"Bantuan yang diterima Boy sebanyak RM200 sebulan tidak mencukupi untuk menampung kos susu dan lampin pakai buangnya.



"Kos susu khas yang diminum Boy pada setiap hari sebanyak RM600 sebulan dan kos lampin pakai buang sebanyak RM200 sebulan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, kos lain yang diperlukan ialah sebanyak RM150 sebulan kerana perlu menyewa kenderaan bagi membawa Boy ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi menjalani rawatan fisioterapi dan janji temu pakar.

"Sejak akhir-akhir ini Boy kerap mengalami sesak nafas dan sawan oleh itu kami perlu sentiasa memantau Boy.

"Saya tidak boleh bayangkan jika sesuatu berlaku kepada Boy, maklumlah sejak kecil kami menjaganya dengan penuh kasih sayang." katanya.

Menurutnya, anak istimewa itu ditinggalkan ibu kandungnya selepas berpindah ke Kuala Lumpur tanpa sebarang berita.

"Kali terakhir ibunya datang menjenguk Boy ketika proses membuat kad pengenalan dan urusan pengambilan anak angkat ketika Boy berusia 12 tahun.

"Sekarang kami mengambil tanggungjawab untuk menjaga Boy sepenuhnya kerana sudah menyayanginya seperti anak sendiri," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1064698/saya-tidak-boleh-bayangkan-jika-sesuatu-berlaku-kepada-boy
Pages: [1]
View full version: 'Saya tidak boleh bayangkan jika sesuatu berlaku kepada Boy'


ADVERTISEMENT