YgBenar Publish time 27-2-2024 09:11 AM

Bayar mahal-mahal tapi Konsert Ed Sheeran Tak Habis Lagi Tapi Ramai Penonton Sudah Keluar Dari Stadium.Kenapa pula ni..

Edited by YgBenar at 27-2-2024 09:13 AM

Baru-baru ini, penyanyi terkenal dari United Kingdom, Ed Sheeran telah hadir melakukan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil




Apa yang menjadi perhatian adalah apabila terdapat sebuah rakaman dari salah seorang penonton yang hadir ke konsert pada malam itu mempersoalkan tindakan ramai penonton lain yang ada di sana.

Menerusi video perkongsian @lbxd_8 di TikTok, dia pelik melihat ramai penonton telah bergerak keluar dari stadium walaupun konsert masih berjalan.

Menurutnya, konsert tersebut baru sahaja separuh berjalan dan selepas sahaja salah satu lagu penyanyi itu dimainkan, ramai pengunjung dilihat bergerak keluar.

Mahu kejar tren dan elak kesesakan lalu lintas

Seperti biasa, bila ada sahaja konsert diadakan di Stadium Bukit Jalil, perkhidmatan pengangkutan awam kebiasaannya akan dianjakkan masanya supaya pengunjung dapat pulang selepas konsert yang dijangka tamat pada lewat malam.

Namun begitu, menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya mengatakan mereka keluar awal kerana mahu mengejar tren kerana dikatakan ada perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak menganjakkan masa perkhidmatannya.

Tidak kurang juga ada komen yang mengatakan ramai antara penonton adalah 'lalang' dan hanya menunggu lagu yang popular sahaja.
7339214779279510786

epullipan Publish time 27-2-2024 09:30 AM

bagi aku banyak yang lalang la kot..layan lagu fofular je..yang lain dorang tak tau lagu2 mamat ni:lol:

Rogue98 Publish time 27-2-2024 09:31 AM


Malam Nisfu Syaaban tu...mayb diaorang baru sedar tapi dah terbeli ticket so datang lah sekejap n balik awal.

green~tea Publish time 27-2-2024 09:41 AM

Panas kot.. zaman skang tak hujan

Aku pun tatau ed sheeran datang hahaha

Padahal aku & husband layan je lagu2 dia.. takat youtube spotify dah le.. kitorg tak gigih pun nak pergi concert any artist....

Siap husband aku nyanyikan lagu ed sheeran utk aku masa 1st kitorang declare suka each other....

VnK4SO3AUxw?si=-DoKLsyV6lFtDZuQ

She-Ra Publish time 27-2-2024 09:44 AM

bab train tu pun satu hal
tp iols biasanya layan je sampai abis konsert, lepastu pepandai la nak balik camne
grab kan ada ahahahahaa

zorrro_03 Publish time 27-2-2024 09:53 AM

gerup ni lgbtqplaknak juga kannnn

dekmieDandy Publish time 27-2-2024 09:57 AM

katanya sebab konsert start lambat, pastu tren tak lanjutkan masa

kalau aku pun baik keluar jelar, nak dapat grab/e-hailing ekarang bukan senang

stingergrumpy Publish time 27-2-2024 09:57 AM

Ed sheeren......syookkk sendirik..

Thunderclouds Publish time 27-2-2024 10:01 AM

Kalo bole fork out duit veli tiket, standby la sama utk grab instead pakai public transport blk umah.
Ed sheeran mana guna playback wat concert.
Showmanship tiptop gile.
Rugi ler blk awl.

Beribear Publish time 27-2-2024 10:02 AM

Mana ada train tak lanjutkan masa.. Ada je train kul 12 last

dua_chzy Publish time 27-2-2024 10:15 AM

Sebaik aiol tak pi. Kesian Ed.

Decaffeinated Publish time 27-2-2024 10:25 AM

Ya, agak pelik. Pergi sebab diwajibkan ka? Balik kena buat karangan.

tintin22 Publish time 27-2-2024 11:22 AM

green~tea replied at 27-2-2024 09:41 AM
Panas kot.. zaman skang tak hujan

Aku pun tatau ed sheeran datang hahaha


alololo:)
Pages: [1]
View full version: Bayar mahal-mahal tapi Konsert Ed Sheeran Tak Habis Lagi Tapi Ramai Penonton Sudah Keluar Dari Stadium.Kenapa pula ni..


ADVERTISEMENT