dio5774 Publish time 26-2-2024 05:39 PM

‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’




Umum mengetahui, pempengaruh Syamimia terkenal kerana gemar berkongsi video dirinya memasak juadah makanan bersama suami dan anaknya di media sosial.

Terbaharu, Syamimia berkongsi video dirinya bersama keluarga yang sedang menyediakan beberapa juadah makanan di dalam rumah PPR miliknya yang sedang di dalam proses renovasi.



Meskipun hantaran tersebut dipenuhi dengan komen rasa kagum netizen melihat peralatan dapur yang digunakan Syamimia namun terdapat pula satu komen yang dilihat seakan menjatuhkan air muka pempengaruh itu.

Menerusi komen yang ditinggalkan, seorang individu dilihat menyindir Syamimia mengenai penampilannya yang tidak bertudung.

Renovate rumah boleh, beli tudung tak boleh.



Tidak berdiam diri, pempengaruh berkenaan dilihat tidak melatah membalas komen tersebut sebaliknya mendoakan yang terbaik buat individu berkenaan.

Wah cantik bahasa kakak. Semoga perbuatan kakak di dunia ini sama cantik dengan pemakaian dan wajah akak.

7336522963862310146

stania83 Publish time 26-2-2024 06:07 PM

at this rate kan..rumah ppr dia tu buat studio jee..dia dah mampu beli rumah lain.

abadi84 Publish time 26-2-2024 06:40 PM

Lepaske nak buat loan dgn pekerjaan sebagai tiktoker?
Maaf ai bkn nak hina, sekadar bertanya.

syamzana Publish time 26-2-2024 07:17 PM

abadi84 replied at 26-2-2024 06:40 PM
Lepaske nak buat loan dgn pekerjaan sebagai tiktoker?
Maaf ai bkn nak hina, sekadar bertanya.

org2 keje freelance dpt payment sedebuk camni takdenya nak buat loan lagipun bkn reno saturumah dan utk sebeso itu bukan sampai ratus ribu pun.

***yg mengomen pun, ape kaitan la org tu reno umah dgn beli tudung. dah tau dia freehair, sibuk la aurat org. ingatkan org tak follow dah dia ni, ade lg yg ambil tau:o

xtinkerbellx Publish time 26-2-2024 07:18 PM

Lol ape kena mengena dgn tudung

katakauu Publish time 26-2-2024 07:20 PM

die bkn retis la

slyfynx Publish time 26-2-2024 07:23 PM

Mmg skrg ni "influencer" pun dikira retis ke?

ardent91 Publish time 26-2-2024 07:43 PM

xtinkerbellx replied at 26-2-2024 07:18 PM
Lol ape kena mengena dgn tudung

org2 yg komen pasal tudung tu mmg selalu komen xder kena mengena pown.. kalo contoh ada seminar atau ada event talk ke apa pasal biodiversity alam, tp mungkin speaker atau emcee nyer free hair.. orang2 tu bukan focus kat topik yg dibincangkan.. dari awal smpai akhir event tu die akan tengok tang rambut

scarflicious Publish time 26-2-2024 07:49 PM

Aurat sendiri x jaga.sibuk jaga aurat org.

krustykrab Publish time 26-2-2024 07:54 PM

stania83 replied at 26-2-2024 06:07 PM
at this rate kan..rumah ppr dia tu buat studio jee..dia dah mampu beli rumah lain.

Boleh ke dok lagi rumah ppr kalau dah jadi owang kaye baru ni...?

red_velvet Publish time 26-2-2024 07:56 PM

Tak nak komen pasal tudung tapi muka sheols ni macam vibe2 muka zamaan 70an - 80an ... Masa i darjah 1 dulu ada cikgu macam sheols ni. Jenis rambut kejung lurus, pakai cekak rambut besar kaler sama dengan baju, handbag & kasut.. jenis air mukastraight forward & membosankan..tak tau nak describe cmaana...tapi gitulah tiap kali ku tengok muka dia

abadi84 Publish time 26-2-2024 07:59 PM

syamzana replied at 26-2-2024 07:17 PM
org2 keje freelance dpt payment sedebuk camni takdenya nak buat loan lagipun bkn reno saturumah...

Taklah. Ai bkn maksudkan reno rumah.
Maksud ai klu dia nak beli rumah lain,
Lepas ke loan tu?

epuepy Publish time 26-2-2024 08:00 PM

Sejak bile pulak minah ni jdi retis? Apesal tak masuk je kt bod influencer sana. Rojak habis bod ni

kalchi Publish time 26-2-2024 08:32 PM

Apa kene mengena reno rumah dgn pakai tudung ??

I.K.A888990 Publish time 26-2-2024 08:55 PM

terpaling bagus sgt la tu yg komen tu pn

heythere123 Publish time 26-2-2024 08:58 PM

tt, nak kutip tacang pon plis la pakai otak.

minah ni bukan retis

heythere123 Publish time 26-2-2024 08:59 PM

@friedfishsoup kaka boleh tolong pindah masuk bod igfemes tak?

berusjamban Publish time 26-2-2024 09:01 PM

Tu aku malas nak baca comment kalau posting tu dari msia. Ramai pengomen2 bangang. Sampai aku pun speachless

imanjannah Publish time 26-2-2024 09:03 PM

skrg mmg dah x ada yg kawal ye kat forum ni, boleh main suka hati nak buka thread kat mna2..

Rogue98 Publish time 26-2-2024 09:47 PM

Rumah kecikkkkkk jer...tapi dah 2 kali renovate ...n asik tukar2 perabut. pastu kena putih estetek.
Lama2 bosan tengok.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: ‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’


ADVERTISEMENT