mattzzx Publish time 26-2-2024 03:49 PM

Wai Ching lakar kejuaraan hatrik

https://assets.bharian.com.my/images/articles/waici_1708928588.jpg
Aksi Wai Ching ketika menaiki anak tangga menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat semalam. - Foto FB Soh Wai Ching

KUALA LUMPUR: Pelari menara nombor satu negara Soh Wai Ching, berjaya mempertahankan kejuaraan tiga tahun berturut-turut, pada perlumbaan menaiki anak tangga menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat pada Ahad.

Lebih manis, Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas dengan melakukan larian 108 tingkat, melibatkan 1,455 anak tangga (ketinggian 260 meter) dalam masa enam minit 43 saat (s), tiga saat lebih pantas berbanding tahun lalu.

Tempat kedua diraih atlet Jepun Ryoji Watanabe yang turut mencatat masa sama dengan Wai Ching, manakala tempat ketiga menjadi milik atlet tuan rumah Jason Larson yang menamatkan larian dengan 8:28s.

"Saya gembira untuk ulangi kemenangan buat kali ketiga!," kata Wai Ching menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya.

Pada 2022 dan 2023 Wai Ching mengungguli kejohanan berkenaan dengan catatan masing-masing 6:46s. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/02/1216853/wai-ching-lakar-kejuaraan-hatrik
Pages: [1]
View full version: Wai Ching lakar kejuaraan hatrik


ADVERTISEMENT