CARI-Author Publish time 26-2-2024 01:52 PM

"Sakit Putus Cinta? Sial" - Bimbang Pelanggan Berasa Kurang Selesa, Memilih Makan Dalam Kereta

https://a57.foxnews.com/static.foxnews.com/foxnews.com/content/uploads/2021/02/1200/675/Drive-In-Dining-REUTERS-2.jpg?ve=1&tl=1
Gambar hiasan makan dalam kereta.

SEORANG lelaki membuat keputusan untuk tidak makan di restoran yang dikunjungi sebaliknya hanya makan di dalam kereta..

Dalam video dimuat naik oleh @rissnasty_1 di TikTok, dia menunjukkan pinggan berisi nasi putih lauk ayam goreng yang dibeli dari sebuah kedai mamak.

Walaupun merupakan pelanggan restoran itu, dia memilih untuk makan dalam kereta, di tempat duduk penumpang hadapan sambil menunjukkan kakinya yang cedera dipasang alat bantuan besi (lizarof external fixalator).

"Sakit putus cinta? Dia belum tahu (lebih sakit) pergi mamak makan dalam kereta," tulisnya pada video.

Perkongsian lelaki ini meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan Riss.

Difahamkan, tulang kakinya patah dan hancur akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di Felda Chemplak Barat, Johor.

Dalam pada itu, seorang warga maya yang pernah 'dipasang besi' akibat kemalangan sebelum ini berkongsi pengalaman bahawa dia tidak malu untuk makan di tempat awam.

"Saya yang tangan masuk besi makan dekat kedai, orang yang tutup mata. Saya rileks je makan tayang tangan atas meja makan," katanya.

Membalas komen tersebut, Riss memberitahu dia makan di dalam kereta kerana bimbang besi yang dipasang pada kakinya itu mungkin akan membuatkan pelanggan di situ berasa kurang selesa.

"Saya bukan apa. Banyak sangat besi (pasang pada kaki). Takut orang tengah makan tengok nanti termuntah," katanya.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik Riss berharap kakinya cepat sembuh daripada kesakitan dialami.

"Akan ku tunggu hari yang paling dinantikan di mana saya bahagia dan bebas daripada kesakitan (suatu hari nanti)," katanya di ruangan kapsyen video.

Jelas Riss dalam hantaran berkenaan, dia mula memakai alat bantuan tersebut sejak lima bulan lalu.

Jika diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen mendoakannya sembuh sebelum tibanya Aidilfitri pada April.

"Harap kita sama-sama kuat bang. Sakit ya buang besi tu. Tak ada bius.

"Patah 'tebu' ke bang? Saya doakan abang cepat sembuh sebelum raya.

"Ngilu saya tengok bang. Semoga buka besi sebelum raya," komen beberapa warganet.



CARI-Author Publish time 26-2-2024 01:52 PM

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F02%2F26%2F2558657.jpeg

CARI-Author Publish time 26-2-2024 01:52 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/02/26/2558659.jpeg

CARI-Author Publish time 26-2-2024 01:52 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/02/26/2558658.jpeg

CARI-Author Publish time 26-2-2024 01:52 PM

7337751812314795266

CARI-Author Publish time 26-2-2024 01:53 PM

7326129006435175682

ezacbee Publish time 26-2-2024 02:08 PM

Nampak sedap lak ayam goreng

{:speco

Yoonggi Publish time 26-2-2024 03:35 PM

knp tak tapau je eh? lg selesa mkn kt rmh. ni aku ler yg berpengalaman patah tgn 2 kali br ni

syamzana Publish time 26-2-2024 03:41 PM

iols kalau gitu gaya tak keluar rumah...risau org terlanggar (ke tak sakit?).
pernah tgk india yg pasang besi apa entah patsegi kat kepala dia jln mcm robot. iols seriau kot org terlanggar or dia nak masuk kete tersangkut kat pintu jenuh laa tobek yg part lubang2 depa boh skru tu:funk:

zehra2 Publish time 26-2-2024 03:44 PM

makan tetap makan.. mmg suka mkn kat mamak kot

afie_m Publish time 26-2-2024 03:45 PM

seriau tengak,..aku pulak yg rasa ngilu tgk besi2 tu

Thunderclouds Publish time 26-2-2024 03:48 PM

Lapaq. Viral.
Tu ja nk komen knowing content tiktok.
Puihh...

jazaa100 Publish time 26-2-2024 04:09 PM

Pakai kain pelekat, tak blh ke

talapia Publish time 26-2-2024 04:14 PM

okla.. frankly kalau aku duduk depan dia tengah makan kat meja..
geli tu tidak.. seriau tu iye..
tak dapat tidak aku akan curious untuk tengok2 jugak. haha..
apalagi kalau ada budak2.. banyak pulak soal jawab..
silap2 haribulan ada yg menangis takut.

so better makan kt rumah je.. tapi mungkin dia pon bosan dok terperap kt umah.. nak jugak tukar angin... dapat makan tepi kedai pon jadila.. janji ayam masih crispy.. pinggan takyah basuh..

lagipon kedai mamak no hal.. service tip top.. hantar sampai pintu kete tak jadi masalah.. lagi pulak kalau regular customer.. tolong basuhkan tangan pon bole agaknya

hyie Publish time 26-2-2024 04:39 PM

Yoonggi replied at 26-2-2024 03:35 PM
knp tak tapau je eh? lg selesa mkn kt rmh. ni aku ler yg berpengalaman patah tgn 2 kali br ni

chuols eksiden ke noks? semoga cempat sembuh iya :loveliness::loveliness::loveliness: berapa lama chuols amik masa untuk recover? agittew meols amik berat pasal kebajikan acik2 porem sangat :lol:

nolya Publish time 26-2-2024 05:23 PM

Kalau dah sakit tu buatlah cara sakit. Kenapa perlu makan dlm kereta.Tak boleh ke minta sesapa belikan dn makan penuh privasi di rumah, tak perlu beri alasan mcm2. Dgn keadaan kaki sedemikian rupa, gigihlah pulak renyahkn diri ke sana-ke mari. Demi konten lah gamaknya ye?

Tinot7 Publish time 26-2-2024 08:07 PM

Yoonggi replied at 26-2-2024 03:35 PM
knp tak tapau je eh? lg selesa mkn kt rmh. ni aku ler yg berpengalaman patah tgn 2 kali br ni

Get well soon

asfaz Publish time 26-2-2024 09:30 PM

Masa arwah mil ai msuk hospital dlu,akak katil sebelah kaki cmni la. Accident. Tgk ngeri oii. Ngilu rasa . Masa ai tgk tu dia baru berapa hari dlm wad. Kesian tgk.

Jitu Publish time 26-2-2024 09:40 PM

duduk rmh je la da sakit tu

tu klu kereta brek mengejut tak ke kaki patah makin teruk

Yoonggi Publish time 27-2-2024 08:56 AM

hyie replied at 26-2-2024 04:39 PM
chuols eksiden ke noks? semoga cempat sembuh iyaberapa lama...

ha ah. dlm 4 bln gak ler aku mc. doktor kata hat patah tu plg kurang ambik 6 minggu br nk smbg tulang tu. ni pun kena p fisio lg. mekaseh la sbb amik tau kebajikan sesama insan :$
Pages: [1] 2 3 4
View full version: "Sakit Putus Cinta? Sial" - Bimbang Pelanggan Berasa Kurang Selesa, Memilih Makan Dalam Kereta


ADVERTISEMENT