mattzzx Publish time 26-2-2024 12:53 PM

Isteri risau suami hilang gagal dikesan sejak 7 hari lalu

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/GambarHIASAN24_temp_sexabuse-moles-depress_sephia-1.png
Gambar hiasan.

PONTIAN – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada 19 Februari lalu dan sehingga kini masih tidak dapat dikesan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Mohd. Iswadi Abd. Wahab 33 tahun beralamat di Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas di sini.

Katanya, isteri Mohd. Iswadi tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Nanas mengenai kehilangan suaminya itu.

“Setakat ini tiada sebarang perkembangan mengenai kehilangan Mohd. Iswadi yang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi, Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/WhatsApp-Image-2024-02-26-at-11.05.37_39b279fd.jpg
MOHD. ISWADI yang dilaporkan hilang sejak 19 Februari lalu gagal dikesan sehingga kini.

Tambah Mohammad Shofee, mengikut laporan yang dibuat, Mohd Iswadi mempunyai ketinggian 165 cm dengan berat anggaran 59 kilogram, berkulit hitam manis dan rambut sedikit.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi orang hilang tersebut boleh terus menghubungi Ketua Polis Balai, Balai Polis Pekan Nanas, Asisten Superintendan Admi Zaiza Daud di talian 011-20516100.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02/26/isteri-risau-suami-hilang-gagal-dikesan-sejak-7-hari-lalu/
Pages: [1]
View full version: Isteri risau suami hilang gagal dikesan sejak 7 hari lalu


ADVERTISEMENT