mattzzx Publish time 26-2-2024 12:49 PM

Megan Fox buat MGK percayakan cinta

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/MEGAN-MGK-2048x1152.jpeg
MEGAN Fox kini dilaporkan bercinta dengan MGK.

PENYANYI rap terkenal, Machine Gun Kelly (MGK) mengakui mula percaya tentang wujudnya cinta selepas bertunang dengan kekasihnya yang juga pelakon, Megan Fox.

Ujar MGK, sebelum mengenali wanita berusia 37 itu, dia menganggap bahawa cinta tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya selepas beberapa kali pernah dikecewakan dalam percintaan.

“Sebelum mengenali Fox, saya sama sekali tidak percaya dengan cinta. Tapi selepas kami bertunang, perasaan saya berubah dan percaya bahawa cinta sejati itu wujud,” katanya.

Ujar lelaki berusia 33 tahun itu lagi, perbezaan usia Fox yang lebih tua membuatkan wanita itu lebih matang dan menghargai dirinya.

Terdahulu, MGK dan Fox pertama kali berkenalan pada tahun 2021 ketika mereka bertemu di lokasi penggambaran filem Midnight In The Switchgrass.

Saat berjumpa, mereka mengakui mempunyai rasa ingin mengenali hati budi masing-masing sebelum melanjutkan fasa perkenalan mereka menjadi pasangan kekasih.
https://www.kosmo.com.my/2024/02/26/megan-fox-buat-mgk-percayakan-cinta/
Pages: [1]
View full version: Megan Fox buat MGK percayakan cinta


ADVERTISEMENT