mattzzx Publish time 26-2-2024 09:40 AM

RM3.3 juta untuk rancakkan TMK2024

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tkmkelann1_1708909304.jpg
TENGKU Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra (kanan) berkenan memalu gong simbolik perasmian Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2024 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV. FOTO BERNAMA

Kota Bharu: Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.3 juta bagi merancakkan program Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024), dengan memaparkan keaslian seni budaya dan warisan masyarakat tempatan menerusi penganjuran program bertaraf antarabangsa.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata melalui Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, usaha itu menjadi pemacu utama dalam pembangunan sosioekonomi.

"Usaha ini akan digerakkan melalui penganjuran program bertaraf antarabangsa dengan adanya penglibatan serta kerjasama dari negara-negara Asia, Eropah, Timur Tengah dan sebagainya.

"Kerajaan negeri memberi fokus bagi menggerakkan usaha secara bersepadu ke arah kejayaan dalam merealisasikan hasrat supaya Kelantan menjadi destinasi utama pelancong di rantau ini," katanya pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2024 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.



Majlis tersebut disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Mohd Nassuruddin berkata kerajaan negeri yakin, Kelantan mampu menjadi antara penyumbang terbesar kepada industri pelancongan negara khususnya melalui pembangunan ekonomi hiliran dan industri kreatif.

"Usaha ini berasaskan kepada keterampilan, kemahiran, bakat dan potensi individu, bagi melahirkan suatu ciptaan atau produk baru, termasuk industri kreatif, juga warisan budaya seperti batik serta kraftangan.

"Menerusi penglibatan dan kerjasama yang strategik daripada semua pemain industri termasuk rakyat Kelantan, kerajaan negeri optimis TMK 2024 dengan tema 'Keluarga, Makanan dan Festival' akan mencapai kejayaan sasaran 10 juta pelancong dan ke negeri ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1064281/rm33-juta-untuk-rancakkan-tmk2024
Pages: [1]
View full version: RM3.3 juta untuk rancakkan TMK2024


ADVERTISEMENT