mattzzx Publish time 25-2-2024 05:32 PM

Lima pulau di Terengganu catat lebih 300,000 pengunjung tahun lalu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photoganu_1708851085.jpg
Sulaiman (kanan) merasmikan Sultan Mizan Underwater Photography Award (SMUPA) 2024 Keindahan Dasar Laut Perairan Terengganu, di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. - Foto NSTP/Nazdy Harun

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri optimis bakal menarik kedatangan 4.5 juta pelancong tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong, berkata jumlah pelancong ke pulau-pulau di negeri ini tahun lalu mencecah 330,528 orang.

Menurutnya, Terengganu terkenal dengan pulau seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas dan Gemia, Bidong serta Tenggol sebagai destinasi pelancongan.

Katanya, tahun lalu Pulau Redang menerima 146,029 orang pengunjung bermula Mac hingga Oktober, manakala Pulau Perhentian pula menerima pengunjung seramai 119,416 orang.



"Pulau Kapas dan Gemia pula dikunjungi pelancong seramai 56,692 orang, manakala Pulau Bidong seramai 2,357 orang dan Pulau Tenggol seramai 6,034 pelancong.

"Justeru, segmen pelancongan pulau di negeri ini terus diberi fokus kerana ia mampu menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sultan Mizan Underwater Photography Award (SMUPA) 2024 Keindahan Dasar Laut Perairan Terengganu, di Dataran Shahbandar, di sini, hari ini.

Menurutnya, tahun lalu seramai 3.6 juta pelancong direkodkan bertandang ke negeri ini dan tahun ini kerajaan negeri menjangkakan jumlah kehadiran pengunjung akan bertambah kepada 4.5 juta orang.

Katanya, rasionalnya adalah melalui pelbagai penganjuran aktiviti berkaitan pelancongan melalui segmen-segmen yang sudah ditetapkan.

Beliau berkata, penganjuran SMUPA juga dilihat mampu menarik pelancong dalam dan luar negara terutama bagi peminat aktiviti fotografi.

"SMUPA tidak di kenakan sebarang bayaran dan terbuka kepada semua pelancong dalam dan luar negara dan syarat hanya menunjukkan resit penginapan bagi pelancong luar negeri dan negara.

"Justeru, kita menjangkakan lebih 1,000 penyertaan SMUPA kali kedua yang dianjurkan ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/02/1216548/lima-pulau-di-terengganu-catat-lebih-300000-pengunjung-tahun-lalu
Pages: [1]
View full version: Lima pulau di Terengganu catat lebih 300,000 pengunjung tahun lalu


ADVERTISEMENT