sfhzuraz Publish time 25-2-2024 01:45 PM

UDA salur zakat, santuni komuniti setempat

UDA salur zakat, santuni komuniti setempat

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
25 Februari 2024 12:54pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/25/2550842.jpg
Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan sumbangan kepada asnaf ketika program Kayuhan UDA Cares.



KUALA PERLIS - Peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset, UDA Holdings Berhad (UDA) menyumbang zakat RM10,000 kepada Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq bersempena program Kayuhan UDA Cares bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Dataran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai pada Sabtu.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, Datuk Sr Mohd Salem Kailany berkata, pihaknya turut mengambil langkah murni dengan menghulurkan bantuan kepada komuniti Kampung Warna-Warni Seberang Ramai.


Beliau berkata, aktiviti riadah berbasikal menjadi rutin dalam kalangan masyarakat kerana ia memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan selain boleh dilakukan seisi keluarga.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/25/2550839.jpg
Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kiri) berkenan menyerahkan sumbangan kepada asnaf ketika program Kayuhan UDA Cares.



"Program diadakan buat julung-julung kalinya ini merupakan langkah proaktif UDA bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk menyantuni komuniti setempat selain mempromosikan gaya hidup sihat.

“Semoga sumbangan zakat daripada UDA dan MAIPs yang diagihkan kepada penduduk di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi umat Islam setempat," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/25/2550838.jpg
Tuanku Syed Faizuddin (tengah) berkenan mencemar duli menyertai program Kayuhan UDA Cares bermula di Dataran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai, di sini, pada Sabtu.



Beliau menambah, usaha UDA mendekati komuniti setempat itu sejajar dengan penjenamaan UDA iaitu LIFE, akronim bagi ’Legasi (Legacy)’, ’Integrasi (Integrated)’, ’Ketelitian (Finesse)’ dan ’Memperkasa (Enrich)’ diterapkan dalam setiap rangkaian perniagaan UDA.



Tambah beliau, usaha ini bertepatan dengan matlamat ke arah kelestarian UDA yang turut memfokuskan kepada langkah positif untuk menggalakkan kecergasan dan kesihatan seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah usaha sama UDA dengan MAIPs dan sebahagian daripada pengisian Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Februari 2024 di Tapak Pasar Tani Kekal, Simpang Empat, Perlis.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/25/2550841.jpg
Tuanku Syed Faizuddin berkenan mencemar duli merasmikan ‘Lorong UDA’ ketika program Kayuhan UDA Cares.



Tuanku Syed Faizuddin berkenan mencemar duli menyertai kayuhan tersebut diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Datuk Suriani Ahmad, pengurusan kanan UDA, wakil MAIPs, delegasi KUSKOP dan Team Tayar Golek (TTG).
Program kayuhan bermula di Dataran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Seberang Alor dan berakhir di Dataran Semarak itu menyelusuri ke salah satu tarikan pelancongan terkenal di Perlis iaitu Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.



Sempena program kayuhan tersebut, baginda berkenan mencemar duli menyaksikan penyerahan sumbangan zakat UDA berjumlah RM10,000 kepada Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Sumbangan MAIPs Peduli kepada 140 asnaf daripada kampung tersebut.
Selain itu, UDA dan MAIPs turut menyampaikan sumbangan zakat tambahan kepada tiga lagi asnaf sewaktu melalui kampung itu dengan setiap keluarga menerima RM1,000 daripada UDA dan RM700 berserta barang keperluan daripada MAIPs.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/25/2550840.jpg
Tuanku Syed Faizuddin berkenan melawati Jambatan Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis ketika program Kayuhan UDA Cares.



Baginda turut berkenan mencemar duli merasmikan ‘Lorong UDA’, yang mana UDA akan menyalurkan bantuan bertujuan menambah baik dan mencantikkan kawasan tersebut.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menyerahkan sijil pendaftaran koperasi kepada Koperasi Kariah Masjid Abu Bakar As Siddiq Seberang Ramai Kuala Perlis Berhad.
UDA salur zakat, santuni komuniti setempat - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: UDA salur zakat, santuni komuniti setempat


ADVERTISEMENT