sfhzuraz Publish time 24-2-2024 06:10 PM

Pertimbang PPR secara sewaan kepada keluarga Allahyarham Mohd Izwan

Pertimbang PPR secara sewaan kepada keluarga Allahyarham Mohd Izwan


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/fghj4345_1708766080.jpg
Chow Kon Yeow



Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang sedia mempertimbangkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) secara sewaan kepada keluarga anggota bomba yang lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin, semalam.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow, pemberian itu sekiranya terdapat permintaan daripada pihak JBPM atau keluarga anggota terbabit.
Katanya, kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian yang menimpa anggota terbabit ketika bertugas hingga mengorbankan nyawa.
" Saya akan minta setiausaha kerajaan negeri untuk koordinasi dengan pihak bomba bagi menyampaikan bantuan awal kepada balu anggota terbabit (bagi meringankan beban.
"Sekiranya ada bantuan lain diperlukan kita boleh uruskan bersama (JBPM). Dalam pada itu, kita (kerajaan negeri) sedia mempertimbangkan pemberian sebuah rumah PPR secara sewaan, jika ada permintaan," katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gelugor di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah Bomba Datuk Nor Hisham Mohammad dilaporkan berkata, pihaknya akan berkoordinasi dengan kerajaan negeri bagi melihat dari aspek kebajikan keluarga Allahyarham Mohd Izwan Illias, 42.
Ini kerana Allahyarham yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworthmeninggalkan seorang isteri Jamaliah Abd Majid, 42, dan lima anak berusia empat hingga 16 tahun.
Bagaimanapun, Kon Yeow berkata, beliau setakat ini masih belum dihubungi mana-mana pihak bagi tujuan itu tetapi sedia bekerjasama untuk membantu.
Dalam kejadian jam, 10.10 malam kelmarin, Mohd Izwan dilaporkan terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaraan enjin bot di jeti berkenaan sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
Mayatnya kemudian ditemui pada jam 5.32 petang semalam selepas 19 jam operasi SAR dijalankan dengan membabitkan keanggotaan 160 petugas.


Disiarkan pada: Februari 24, 2024 @ 5:14pm


Pertimbang PPR secara sewaan kepada keluarga Allahyarham Mohd Izwan (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Pertimbang PPR secara sewaan kepada keluarga Allahyarham Mohd Izwan


ADVERTISEMENT