sfhzuraz Publish time 24-2-2024 06:04 PM

Lebih 200,000 rakyat dapat manfaat Jualan MADANI Koperasi

Lebih 200,000 rakyat dapat manfaat Jualan MADANI Koperasi


BERNAMA - Februari 24, 2024 @ 5:40pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/DATUK_EWON_BENEDICK_1708768661.jpg
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ketika sidang media selepas majlis perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) KUSKOP 2024 di Pasar Tani Kekal Simpang Empat di Arau, hari ini. - BERNAMA


ARAU: Lebih 200,000 rakyat di negara ini menerima manfaat penjimatan kos sara hidup menerusi penganjuran 131 siri Jualan MADANI Koperasi, termasuk jualan usahawan di seluruh negara bagi tempoh 2023 sehingga kini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata melalui jualan itu, terdapat penawaran barangan keperluan asas harian pada harga diskaun sehingga 20 peratus lebih rendah.
Bagi tujuan berkenaan, katanya, lebih RM4.1 juta disediakan melalui insentif harga di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Inisiatif jualan itu juga memberikan manfaat terhadap perkembangan perniagaan kepada lebih 221 koperasi dan usahawan," katanya berucap pada majlis perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani (KUJMM) KUSKOP 2024 di Pasar Tani Kekal Simpang Empat, dekat sini.
Karnival dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut dihadiri Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. KUJMM KUSKOP 2024 berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Bercakap pada sidang media kemudian, Ewon berkata, KUSKOP melalui agensi di bawahnya seperti Tekun Nasional, SKM, Bank Rakyat, SME Bank dan SME Corp Malaysia menyalurkan bantuan pembiayaan sejumlah RM12,433,960 kepada usahawan dan koperasi di Perlis yang berkelayakan.
"Saya amat yakin ini dapat melengkapkan usaha kerajaan dalam membantu membangunkan usahawan-usahawan dan koperasi kita di seluruh negara," katanya. - BERNAMA
Lebih 200,000 rakyat dapat manfaat Jualan MADANI Koperasi (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Lebih 200,000 rakyat dapat manfaat Jualan MADANI Koperasi


ADVERTISEMENT