CARI-HBZ Publish time 24-2-2024 11:23 AM

Netizen Puji Azhar Sulaiman Berlakon Jadi Penagih Dadah – "Dia Punya Mata Melilau Sambil Tenyeh Hidung Tu Yang Nampak Real."

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/24/112106hky9fv7udyl4xo49.png





Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan sedutan pelakon, Azhar Sulaiman ketika melakukan penggambaran untuk sebuah drama TV3 Malaysia berjudul Hawt Fellas.


Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Azhar Sulaiman yang memegang watak seorang penagih dadah yang dikenali sebagai Nasir. Azhar yang memakai baju tshirt berwarna biru dan berseluar jeans dilihat benar-benar menjiwai watak selain mimik mukanya juga memainkan peranan sebagai penagih.


Lakonan mantap daripada pelakon lagenda itu menerima pujian warganet. Mereka menyifatkan Azhar seorang pelakon yang sangat berbakat dan versatil.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/24/112310u4e82szvoht4eotj.png





"Dalam pada itu, mereka juga akui sukar untuk menemui pelakon baharu yang memiliki bakat sama seperti barisan pelakon-pelakon lama."


"Dia ni memang legend. Dari muda-muda dulu, dia research dulu watak."


"Dia dah study. Homework yang penting. Yang tu beza dengan pelakon sekarang harap pakej comel je."


"Pelakon terbaik kot. Sekarang ni dah tak ada ramai pelakon yang boleh berlakon dan menjiwai. Orang-orang lama power.


"Nampak real lakonan dia."


"Dia punya mata melilau sambil tenyeh hidung tu yang nampak real."


"Jadi mat, gian habis ni."


https://twitter.com/_AmranFans/status/1760553565561725267


Sekadar info, Hawt Fellas drama bersiri 13 episod ini ditayangkan di slot Lestary TV3 sejak 4 Januari lalu, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9 malam.




Sumber: Aplikasi X/OhBulan

cicicumel Publish time 24-2-2024 11:26 AM

Skippy is that U ?

epal_putih Publish time 24-2-2024 11:29 AM

Real pula abe harr ni :2lol:

Rogue98 Publish time 24-2-2024 11:32 AM

Teringat Leona ...hahaha

uori Publish time 24-2-2024 11:38 AM

Dia memang terer berlakon kan. Iols tua,kenal dia sebagai pelakon, bukan bapak yona :lol:

aemon Publish time 24-2-2024 12:27 PM

Dulu cite dgn maria parida kayu je.cite manjalara bapak la setan dia berlakon.

delia3003 Publish time 24-2-2024 12:38 PM

uori replied at 24-2-2024 11:38 AM
Dia memang terer berlakon kan. Iols tua,kenal dia sebagai pelakon, bukan bapak yona

Zaman muda kayu jugak. Pernah tengok filem2 lama dia kat tv3. Tapi ramai je pelakon pelakon senior zaman muda berlakon kayu. Bagus la ada improvement walaupun dia berlakon sekali sekala je.

mizzmimi Publish time 24-2-2024 01:07 PM

Haggard sangat sampai nampak real berlakon jadi penagih.

rayna_raynes Publish time 24-2-2024 03:23 PM

aemon replied at 24-2-2024 12:27 PM
Dulu cite dgn maria parida kayu je.cite manjalara bapak la setan dia berlakon.

zaman ngan maria parida ayu aku cinta padamu tu mmg keras sbb muda sgt lg

lucky_peace Publish time 24-2-2024 03:42 PM

delia3003 replied at 24-2-2024 12:38 PM
Zaman muda kayu jugak. Pernah tengok filem2 lama dia kat tv3. Tapi ramai je pelakon pelakon senior ...

Jambu giler dia masa muda, mmg rebutan la. Dia dgn amy mastura paling sweet, sampai igtkan dorg betul2 bercinta.

ezacbee Publish time 24-2-2024 04:05 PM

Kurus sgt memang sesuai dgn watak..

Suchi Publish time 24-2-2024 04:32 PM

Iols suka watak dia dlm keluarga iskandar tu kadang lupa yg masa muda2 dia penah jd hero ala2 anak megah holding

oggy Publish time 24-2-2024 04:40 PM

lucky_peace replied at 24-2-2024 03:42 PM
Jambu giler dia masa muda, mmg rebutan la. Dia dgn amy mastura paling sweet, sampai igtkan dorg be ...

Tak boleh recall dgn Amy Mastura cerita apa?
Aku suka tengok dia salam Keluarga Iskandar.
Dalam movie Love, Supermoon watak dia annoying betul. Typical Malay jantan.
Dalam Projek: High Council pun best jugak dia berlakon jadi bapak lembut2.

kiwibenz Publish time 24-2-2024 04:41 PM

Trademark kejip mata tu mesti x tinggal:lol:

noor2 Publish time 24-2-2024 04:43 PM

Jd hantu jerangkung dlm filem seram pun sesuai dia ni...

anony-mous Publish time 24-2-2024 04:45 PM

uori replied at 24-2-2024 11:38 AM
Dia memang terer berlakon kan. Iols tua,kenal dia sebagai pelakon, bukan bapak yona

Kan. Netizen bbnu mana ni? Dia mmg hebat berlakon & hnsem muda2. Tu la bbnu skrg nmpk bakat mcm fatah pon dikata hebat ;P pdhal dlu2 lg ramai berbakat, hensem2 plak tu

anony-mous Publish time 24-2-2024 04:47 PM

rayna_raynes replied at 24-2-2024 03:23 PM
zaman ngan maria parida ayu aku cinta padamu tu mmg keras sbb muda sgt lg

Tp org dlu, betul2 awal berlakon je kayu kan? Dlm 1-3 kali muncul, lps2 tu byk improve. Teringat rosyam dlm cerita yg faizal hussein tu kayu jah,

Purplehaz Publish time 24-2-2024 04:56 PM

Aksi real, pelakon hebat, harap jln cerita bagus.
Nape ek kalau penagih kne ada style gosok2 hidung garu2..sbb gatal ker

lucky_peace Publish time 24-2-2024 05:05 PM

oggy replied at 24-2-2024 04:40 PM
Tak boleh recall dgn Amy Mastura cerita apa?
Aku suka tengok dia salam Keluarga Iskandar.
Dalam mo ...

Cerita KLU, siap tuala terlucut lagi tepi jalan kejar amy mastura hahaha..

jihyomelly Publish time 24-2-2024 05:52 PM

abg 92 hensem jambu sgt masa tu..skarang dah jadi jambu benyet hehehe..kurus sgt bab gigi kuning tu hmmmm pegi la cuci bukan takde duit..
Pages: [1] 2 3
View full version: Netizen Puji Azhar Sulaiman Berlakon Jadi Penagih Dadah – "Dia Punya Mata Melilau Sambil Tenyeh Hidung Tu Yang Nampak Real."


ADVERTISEMENT