CARI-HBZ Publish time 24-2-2024 11:11 AM

‘Saya Pun Orang Kelantan, Takkan Saya Mahu Jatuhkan Martabat Negeri Saya Pula’ – Syed Aiman

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/24/111100vkz4sgsqso4r1pz4.png





Selaku pemilik produksi Double Channel Sdn.Bhd dan penerbit filem ‘Janna Endoro’, Syed Aiman tampil memberitahu bahawa filem pertamanya itu tidak menyindir atau menjatuhkan imej masyarakat di Kelantan.


Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Syed Aiman atau nama sebenarnya Syed Aiman Syed Mahmud, 49, berkata, segala yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah realiti dan pengalamannya sepanjang hidup di Kelantan.


"Dalam hidup, kita kena bersikap terbuka. Apa yang digambarkan dalam filem ini tidak semuanya realiti.Mungkin hanya segelintir bersikap buruk namun saya sampaikan perkara itu dengan penuh kiasan, seperti dalam dialog yang dilontarkan Wan Hanafi Su.


"Filem ini tiada niat menyindir sesiapa, Saya pun orang Kelantan, takkan saya mahu menjatuhkan martabat negeri saya pula."


Berbicara lebih lanjut, Syed Aiman memberitahu filem Janna Endoro ini padat dengan nilai kebudayaan.


"Saya angkat nilai budaya melalui props dan lokasi sepanjang filem ini. Contohnya kita ada tarian, permainan wau, sidai ikan kering yang sekarang sudah jarang dilakukan. Bahkan sekecil-kecil perkara seperti judi laga ikan dalam botol pun kami tunjukkan."


https://www.instagram.com/p/C3sSZ8zPe7q/


Filem yang menelan belanja RM1 juta itu menceritakan tentang seorang perempuan, Janna (Trisha Ooi) yang bangkit membela diri selepas anaknya dilarikan oleh samseng lantaran suaminya gemar berhutang. Dalam filem tersebut juga, penonton dapat melihat watak seorang suami yang malas bekerja dan melakukan jenayah keganasan rumah tangga.


Sekadar info, Janna Endoro sudah mula ditayangkan di pawagam bermula semalam.


Sumber : OhBulan

Perawankota Publish time 25-2-2024 02:56 AM

Harap2 Ada lah yg menengok

Thunderclouds Publish time 25-2-2024 08:57 AM

Xleh lawan jogho.
Tgk trailer mcm agk meh kualiti pilim.
Main character speaking klate pn pelat² walau majoriti ramai org klate dlm cita.

Minami2013 Publish time 25-2-2024 09:25 AM

Ada subtitle ke? Iolsss tk paham kecek kelate... Tp tk teringin pun nk tgk :lol:

kaedahnya Publish time 25-2-2024 09:46 AM

jogho tu aku tengok sikit time dah nak abih tu, yang ada part acu pistol ke apa tah, aku rasa macam wow jugakla time tu

Geeayden Publish time 25-2-2024 09:56 AM

Cepat betul jadi heroin filem, lom berapa kenal lgi..M&G pun sendu rasanya...berani produksi ni ambil org baru utk filem

jihah_kudat Publish time 25-2-2024 09:57 AM

macam meh ek..patut keluar tv1 takpun astro citra je..the only cerita sek sek kito yang boleh aku layan under sabri yunus itupun kalo dia director la..

sleepandream Publish time 25-2-2024 12:36 PM

jihah_kudat replied at 25-2-2024 09:57 AM
macam meh ek..patut keluar tv1 takpun astro citra je..the only cerita sek sek kito yang boleh aku la ...

suka tengok filem butak... hope sabri yunus buat lagi filem2 mcmni...

fadz84 Publish time 25-2-2024 01:05 PM

Tajuk pun x komersil, poster pun sedih.. main cast hmmm... Mmg flop la filem ni...

Kangkung1M Publish time 25-2-2024 01:48 PM

Edited by Kangkung1M at 25-2-2024 03:51 AM

fadz84 replied at 25-2-2024 01:05 AM
Tajuk pun x komersil, poster pun sedih.. main cast hmmm... Mmg flop la filem ni...
Memang sedih tengok poster, setakat tepek muka pelakon.

7198892573996633370

LadyCarefree Publish time 25-2-2024 02:10 PM

Kelantan ada martabat kah?

LadyCarefree Publish time 25-2-2024 02:13 PM

Geeayden replied at 25-2-2024 08:56 AM
Cepat betul jadi heroin filem, lom berapa kenal lgi..M&G pun sendu rasanya...berani produksi ni ambi ...

Kdg2 produksi ni dapat dana dari FINAS. So, laku atau tak, it is ok. Dana ni pun at least 1juta. Mcm parit camel dpt 2juta. Dialah penerbit, pengarah, hero, anak pun berlakon...banyak yg masuk poket sendiri. Laku ke tak? Kisah apa kalau dah kaut banyak masuk poket.

fadz84 Publish time 25-2-2024 02:15 PM

Kangkung1M replied at 25-2-2024 01:48 PM
Memang sedih tengok poster, setakat tepek muka pelakon2.

Penerbit sanggup ye invest rm1 juta utk filem cmni.. ntah sape la yg nk tgk.. nk dpt balik separuh modal tu pun tercungap rasanya..

katnissE Publish time 25-2-2024 02:39 PM

LadyCarefree replied at 25-2-2024 02:13 PM
Kdg2 produksi ni dapat dana dari FINAS. So, laku atau tak, it is ok. Dana ni pun at least 1juta. M ...



Yaaa subsidi.
Banyak masuk poket jugak untuk lifestyle mewah-mewah

Bila tak laku filem mula meroyan tapi tak sedar tak berkualiti.

Kangkung1M Publish time 25-2-2024 02:46 PM

fadz84 replied at 25-2-2024 02:15 AM
Penerbit sanggup ye invest rm1 juta utk filem cmni.. ntah sape la yg nk tgk.. nk dpt balik separuh ...

Kerajaan Madani ada sedia Dana Kandungan Digital untuk 2 sektor, filem dan muzik. So kesimpulannya, ia bukan duit penerbit tapi duit rakyat.

https://www.instagram.com/p/CwfDgT0Ja1H/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==

LadyCarefree Publish time 25-2-2024 06:56 PM

katnissE replied at 25-2-2024 01:39 PM
Yaaa subsidi.
Banyak masuk poket jugak untuk lifestyle mewah-mewah



Bukan subsidi pun. Outright grant.

Perawankota Publish time 25-2-2024 07:03 PM

Td tgk melodi.. josiah hogan komen pasal influencer yang jadik artis ni. Katanya Kalau nak jadik pelakon kena betul2 ready.. contoh mcm Fify Azmi, dia berlakon filem2 yg Ada martial art dan belajar pasal martial art.. tak tau lah sapa yg dia perli tu…

Whitney72 Publish time 25-2-2024 09:36 PM

Kltn lagi...tgk perangai Jah Lop n family pun dah tau perangai camna :lol:

codenamedream Publish time 25-2-2024 09:50 PM

Perawankota replied at 25-2-2024 07:03 PM
Td tgk melodi.. josiah hogan komen pasal influencer yang jadik artis ni. Katanya Kalau nak jadik pel ...

Kalau dia nak perli pelakon utama ni, mcm x kena je. Trisha ni mmg stuntman sebelum dia start berlakon.

Safirania Publish time 26-2-2024 10:16 AM

Masa muda2 ensem mamat nih. Ni dah tua pakai topi sudu pulak, terus turn off
Pages: [1] 2
View full version: ‘Saya Pun Orang Kelantan, Takkan Saya Mahu Jatuhkan Martabat Negeri Saya Pula’ – Syed Aiman


ADVERTISEMENT