maklukpenggoda Publish time 24-2-2024 11:05 AM

Masyarakat mudah tertipu dengan lelaki segak

Edited by maklukpenggoda at 29-4-2024 09:48 PM

Sikap mudah percaya dan ketaksuban orang ramai terhadap individu yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW membuatkan masyarakat mudah tertipu.

Mufti Perlis Asri Zainul Abidin berkata ia ditambah dengan rupa segak Mawla Muhammad Amin al-Idrisi, lelaki yang mengaku cicit Nabi Muhammad SAW.

“Dia (orang ramai) tengok muka ada janggut, putih, mata letak celak sikit terus jadi keluarga nabi.

“Sedangkan, jika kita pergi ke negara Arab, bersepah (lelaki segak) macam itu. Berlambak (orang seperti dia), di Syria segak-segak orang dia. Di Iran, pun segak-segak.

“Tetapi kita mudah ditipu, tanya kenapa (percaya) keluarga nabi sebab dia punya segak. Malah, ada sebahagian itu ada buat cerita cartoon, kenapa dia pakai cermin mata hitam sebab takut terkena panahan matanya. Amboi, cair sangat,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman sosialnya, awal hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata kehadiran lelaki warga Algeria yang mendakwa dirinya sebagai cicit Nabi Muhammad SAW ke negara ini untuk memberi ceramah agama, akan terus dipantau rapi.

Saifuddin berkata jika lelaki warga Algeria itu dikesan melakukan aktiviti menyalahi undang-undang, maka pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri untuk mengambil tindakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na'im Mokhtar juga dilaporkan memberi amaran kepada masyarakat terutamanya umat Islam supaya tidak terlalu taksub kepada mana-mana individu, sebaliknya perlulah sentiasa berpegang kepada neraca ilmu dan fakta.

Mengulas lanjut, Asri berkata setahun yang lalu dia pernah memberi amaran mengenai individu tersebut, namun baru sekarang orang ramai mula meragui lelaki tersebut.

“Setahun yang lalu, di meja kuliah ini saya beritahu ini kemungkinan (lelaki mengaku cicit Nabi SAW) scammer.

“Setahun dulu kita dah kata ‘awas, ini scammer’. Alhamdulillah, hari ini semua orang kata (lelaki terbabit) scammer (penipu).

“Tertipu orang Islam, ada yang kata saya dah bagi duit RM50,000, RM20,000sebab nak pergi umrah dengan anak cucu Nabi Muhammad SAW. Tiba-tiba duit saya hilang, macam-macam,” katanya.

Justeru, Asri mengingatkan semua pihak supaya mendengar segala hujah mengenai satu-satu perkara terlebih dahulu sebelum meletakkan kepercayaan penuh kepada apa yang didengar mereka.

“Kadang-kadang orang kata dengar dulu, tapi ini awal-awal dah kata tak mahu dengar. Malah, dia kata puak-puak ini memang tak sayang kepada keluarga Nabi Muhammad SAW.

“Sekarang, baru kata scammer. Maka tertipulah orang Islam ini. Bukan saya nak kata berbalah, tapi tertipu orang Islam,” katanya.

Sementara itu, Asri juga turut mempertikaikan kewibawaan seorang profesor yang mengiktiraf lelaki terbabit sebagai cicit Nabi Muhammad SAW itu.

“Orang datang kata keturunan Nabi SAW percaya, ambil profesor mana pun tak tahu, yang bercakap tentang nahu sorof (tatabahasa), yang hari itu pun kita perbetulkan terjemahan, kata dia ada bukti bahawa dia ini memang keturunan Nabi Muhammad SAW.

“(Dakwa ada dalam) Di atas dokumen, dokumen nak tengok tak boleh. Apa?

“Seseorang datang mengatakan ini bapa dia, dia bawalah (susur) galur (keluarga) diatas itu…Sanad bukan untuk kebanggaan tetapi bagi membuktikan kesabitan, maksud sanad adalah rangkaian periwayat daripada si pulan kepada si pulan.

“Sebab itu orang tak faham dalam ilmu ini mereka kata kami ada sanad dan mereka boleh dakwa apa saja dan semua orang boleh dakwa apa saja yang dia mahu.

“Apa jenis keprofesoran ini?” soalnya.

Terdahulu tular satu video memaparkan seorang profesor bernama Solehah Yaacob mengiktiraf kesahihan lelaki yang mengaku dirinya cicit Nabi Muhammad SAW.

“Kes yang ahlul bait, Mawla Amin itu saya ada datanya. 100 muka surat datanya tapi kita tak bolehlah nak tunjuk kepada orang ramai kerana ia rahsia. Tetapi percayalah dia memang ahlul bait dan siapa yang memfitnah itu saya rasa kena minta maaflah. Ini wali-wali Allah. Dia punya sanad (jalur keturunan) itu memang sah dan dia adalah jalur emas.

“Apa maksud jalur emas, dia dari Fatimah (anak Rasulullah SAW) dia memanjang (susur galurnya), dia tak pergi ke kiri atau kanan. Maksudnya, mak dengan ayah dia jaga melahirkan Al-Amin Al-Hassan ini,” dakwa profesor terbabit.

https://www.malaysiakini.com/news/697112

hyie Publish time 24-2-2024 11:13 AM

tengok kening la dikkkk

airfilterkotor Publish time 24-2-2024 11:54 AM

Bila Dr.Maza berbunyi.... tak berkutik acik-acik merenyam session Maula Amin.

tumpanglalu74 Publish time 24-2-2024 01:28 PM

Edited by tumpanglalu74 at 24-2-2024 07:01 PM

Si sarban ni hensem??Muke cam acik2 bawang tayang pipi lepas facial je pon.. {:1_550:}

Nah orang hensem:

amyza Publish time 24-2-2024 02:07 PM

Bengong nya yg kata nak pegi umrah dgn cucu nabi, padan muka kena tipu 20k.

mamarilia Publish time 24-2-2024 02:18 PM

bukan main menggeletis orang perempuan.. setazah pun sama

stingergrumpy Publish time 24-2-2024 02:19 PM

Dada si nyanmanyambek....tersenyum kejong....

honeybee1802 Publish time 24-2-2024 02:21 PM

tumpanglalu74 replied at 24-2-2024 01:28 PM
Si sarban ni hensem??Muke cam acik2 bawang tayang pipi lepas facial je pon..

Nah orang...

Cuba mamat ni diserbànkan...haha..ptt le akhir zmn dah dipesan org pompuan ni kena control dok di rumah...ni le dia..hok berkelebung2 tu ha...bukan main dok mawla..mawla...isk...

jas7512 Publish time 24-2-2024 02:24 PM

Ntahlah...mata i ni susah nak kata hensem.pd org putih   org arab..bollywood...etc....so pd x rasa maula ni hensem....org hensem di mata i adalah pd ilmunya dan i respect ilmu maza walau selalu dipanggil wahabi

lightheaded67 Publish time 24-2-2024 02:42 PM

Edited by lightheaded67 at 24-2-2024 02:47 PM

maap la aku pun tak rasa dia ni segak, nmpk mcm peremfondan.tapi aku paham le kata dr asri tu, dia ni puteh, ala retis koriya gitu kan, acik2 terpana ler. knp lah dia tipu kata keturunan nabi, kalau dia bawak diri jadi omputeh, masuk jd influencer blakon citer mikel ang ke ape kan boleh jadi retis tarap tarap kit fu. lagi lama leh cari makan kt melesia :lol: :lol: stakat ni hok putih putih dan mggeramkan acik, dak wara aje tiberrr

kakikuDibibirmu Publish time 24-2-2024 02:46 PM

lightheaded67 replied at 24-2-2024 02:42 PM
maap la aku pun tak rasa dia ni segak, nmpk mcm peremfondan.tapi aku paham le kata dr asri tu, dia ...

https://i.ibb.co/2ZC5bvF/93-3000-0.jpg

You speak like an enemy of isle:

https://i.ibb.co/NZdmvjX/02-3000-0.jpg

sharlenetexas Publish time 24-2-2024 02:54 PM

Segak kah dia?

Decaffeinated Publish time 24-2-2024 02:56 PM

Sejak zaman nabi dulu pun ada ja yang tak percaya, Abu Talib sampai kesudah kapir kan?

Gitu aku bekap acik2 maula amin

isseliparjepun Publish time 24-2-2024 02:59 PM

I pun tak rasa dia segak tapi I rasa ramai di luar sana rasa dia tu segak. Beauty lies in the eyes of the beholder.

lightheaded67 Publish time 24-2-2024 03:01 PM

kakikuDibibirmu replied at 24-2-2024 02:46 PM
You speak like an enemy of isle:

{:downo

nikaido Publish time 24-2-2024 03:05 PM

Puak2 walauntit & ustazoh semak bolelah terpikat

noor2 Publish time 24-2-2024 04:38 PM

Muka arab mmg la cantik...lain la muka asia

SedihPedih Publish time 24-2-2024 06:08 PM

Muka mcm tu org leh terperdaya..kemonnnnn...

3480 Publish time 24-2-2024 06:10 PM

Mata aku tgk x segak. Bekepiah, serban, janggut bjubah lebih2 ni hmmm

makadek Publish time 24-2-2024 06:12 PM

tumpanglalu74 replied at 24-2-2024 01:28 PM
Si sarban ni hensem??Muke cam acik2 bawang tayang pipi lepas facial je pon..

Nah orang...

Ni br emsem si amin tu mcm jakpa on je
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Masyarakat mudah tertipu dengan lelaki segak


ADVERTISEMENT