sfhzuraz Publish time 24-2-2024 10:13 AM

Jenazah anggota bomba mati lemas dikebumi dengan penuh istiadat kebombaan

Jenazah anggota bomba mati lemas dikebumi dengan penuh istiadat kebombaan

24 Februari 2024 08:53am


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/24/2549507.jpg
Jenazah Allahyarham Mohd Izwan Illias dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan. Foto JBPM



BUTTERWORTH - Jenazah anggota bomba yang lemas sewaktu menyelenggara bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Jeti Pangkalan Marin di Mak Mandin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Pekan Darat, Butterworth, pada malam Jumaat.
Jenazah Allahyarham Mohd Izwan Illias, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan.


Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran lima anak Allahyarham berusia antara empat dan 16 tahun, ahli keluarga serta rakan setugas arwah.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.


Kematian Mohd Izwan diklasifikasikan sebagai terkorban ketika menjalankan tugasnya.
Majlis istiadat penghormatan terakhir diadakan sebagai tanda menghargai komitmen Allahyarham sepanjang berkhidmat dalam pasukan JBPM.
Terdahulu, jasad Mohd Izwan ditemukan pada jam 5.32 petang Jumaat selepas operasi mencari selama 19 jam dilakukan pasukan bomba.
Media sebelum ini melaporkan mangsa terjatuh ke dalam Sungai Perai semasa melakukan kerja penyelenggaraan bot kira-kira jam 10.10 malam Khamis. - Awani
Jenazah anggota bomba mati lemas dikebumi dengan penuh istiadat kebombaan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Jenazah anggota bomba mati lemas dikebumi dengan penuh istiadat kebombaan


ADVERTISEMENT