sfhzuraz Publish time 24-2-2024 10:06 AM

Destinasi baharu pelancongan Pulau Pinang

Destinasi baharu pelancongan Pulau Pinang

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
24 Februari 2024 09:10am


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/24/2549417.jpg
Pelbagai jenis permainan air yang bakal menguji adrenalina pengunjung dan menjanjikan keseronokan maksimum.



KEPALA BATAS - Siapa sangka projek gajah putih yang terbengkalai selama 13 tahun dan pernah dianggap sebagai kawasan misteri di tepi Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Kepala Batas kini bertukar wajah menjadi lokasi pelancongan yang memacu ekonomi negeri.
Semuanya bermula apabila seorang usahawan tempatan kelahiran Pulau Pinang mengambil tindakan berani melabur puluhan juta ringgit bagi membangunkan semula kawasan itu sebelum berdiri megah sebagai pusat peranginan berkonsepkan Morrocan dan taman tema air dikenali dengan nama Bertam Resort and Water Park.


Mula dibuka secara rasmi pada 11 September tahun lalu, Bertam Resort and Water Park menjanjikan pengalaman menakjubkan buat pengunjung sama ada mahu merasai pe-ngalaman menginap di hotel lima bintang bertemakan seni bina Arab dari Maghribi atau menguji adrenalina dengan mencuba sendiri 14 jenis permainan air di bahagian hadapan pusat peranginan tersebut.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/24/2549419.jpg
Bertam Resort and Water Park tarikan pelancongan terbaharu di Kepala Batas.



Tarikan terbaharu di kawasan utara Pulau Pinang itu bukan sahaja telah mengubah landskap Kepala Batas, malah ia turut meningkatkan lagi imej pelancongan Pulau Pinang yang sebelum ini sinonim dengan kawasan pulau sahaja.


Jika Taman Tema Escape di Teluk Bahang ada gelongsor air tiub terpanjang di dunia, Bertam Resort and Water Park pula ada gelongsor Dawwama Tornado yang dibina khas secara berpilin seolah-olah pengunjung berada di dalam ribut taufan.
Selain itu, teman tema berkenaan juga menawarkan gelongsor air Voyager yang mempunyai tiga turas air dan gelongsor Rush Racer yang membolehkan pengunjung berlumba bersama teman-teman di atas trek gelongsor air.
Boleh dikatakan kesemua 14 tarikan permainan air di Bertam Resort and Water Park itu menjanjikan keseronokan maksimum, selain menikmati pemandangan dan hiasan seni bina mempesonakan.



Taman permainan air itu sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak kerana mereka boleh merasai pengalaman bermain air di kawasan Pearls Oasis dan Down and Kraken, sekali gus menikmati percikan air serta merasai keseronokan meluncur di atas gelongsor air.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/24/2549418.jpg
Suasana Bertam Resort and Water Park yang cukup mempesonakan pada waktu malam.



Dengan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini terutama di kawasan utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, taman tema berkenaan sememangnya sesuai untuk seisi keluarga beriadah.
Seharian letih bermain air, pengunjung boleh berehat atau merasai sendiri pengalaman menginap di hotel mewah yang jauh daripada kesibukan bandar atau memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan memanjakan diri di Kechmara Spa.



Pengarah Urusan Maritime Waterfront Suites Sdn Bhd, Datuk Mohammed Iqbal S Habeeb Noohu berkata, pelbagai pembangunan dan pembaharuan sedang dilakukan bagi menjadikan pusat peranginan itu dikenali setaraf dengan jenama antarabangsa.
Menurutnya, Bertam Resort and Water Park bakal mempunyai 16 unit vila mewah yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pusat penjagaan kesihatan.
Katanya, pihaknya sentiasa menawarkan pelbagai promosi dengan memberikan diskaun menarik dan harga mampu milik dalam tempoh tertentu.
Jelasnya, ia bertujuan memastikan semua penduduk tempatan dapat merasai pe-ngalaman bercuti di Bertam Resort and Water Park.
Destinasi baharu pelancongan Pulau Pinang - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Destinasi baharu pelancongan Pulau Pinang


ADVERTISEMENT