sfhzuraz Publish time 23-2-2024 04:59 PM

Nilai kerugian akibat kebakaran di Perlis turun 55.5 peratus

Nilai kerugian akibat kebakaran di Perlis turun 55.5 peratus


BERNAMA


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/fire_1708675029.jpg
GAMBAR hiasan


Kangar: Jumlah kerugian harta dalam kes kebakaran di Perlis mencatatkan penurunan kepada RM6.7 juta tahun lepas berbanding RM15.06 juta pada 2022.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma'at berkata kerugian itu menurun sebanyak 55.5 peratus sekali gus menunjukkan ketangkasan pasukan bomba negeri itu dalam menjalankan tugas memadam kebakaran dan menyelamatkan harta orang awam.
"Pada tahun 2023 walaupun jumlah kes meningkat tetapi jumlah kerugian harta menurun kepada RM6.7 juta kerana bomba Perlis datang ke tempat kejadian dengan secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Tahunan JBPM Perlis Tahun 2024 di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Zaidi berkata pihaknya menyarankan pesawah di negeri itu supaya menggunakan kaedah mengitar semula jerami menjadi baja dan menjual bahan itu kepada pihak tertentu bagi kegunaan lain.
Hal itu katanya untuk mengawal pembakaran terbuka ketika cuaca panas atau fenomena El Nino pada masa ini.
Beliau berkata sebanyak 45 kes kebakaran terbuka direkodkan bulan lepas manakala bagi Februari, sejumlah 133 kes dicatatkan setakat ini.
"Cuaca di Perlis sekarang sangat panas berbanding tahun lepas, oleh itu para pesawah boleh menggunakan kaedah lain seperti kitar semula jerami untuk mengawal pembakaran terbuka dengan menjadikan jerami itu sebagai baja dan jual kepada pihak tertentu.
"Jika jerami tidak banyak di sawah, maka api akan berskala kecil dan tidak merebak dengan pantas sekali gus dapat mengawal kebakaran itu," katanya.


Disiarkan pada: Februari 23, 2024 @ 3:57pm


Nilai kerugian akibat kebakaran di Perlis turun 55.5 peratus (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Nilai kerugian akibat kebakaran di Perlis turun 55.5 peratus


ADVERTISEMENT