sfhzuraz Publish time 23-2-2024 04:24 PM

Gambar Kon Yeow diconteng, DAPSY buat laporan polis

Gambar Kon Yeow diconteng, DAPSY buat laporan polis

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
23 Februari 2024 03:23pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2548405.jpg
Gambar Kon Yeow pada papan iklan Tahun Baharu Cina yang diconteng dengan cat berwarna hitam.



GEORGE TOWN - Beberapa papan iklan ucapan Tahun Baharu Cina yang memaparkan wajah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah diconteng menggunakan cat berwarna hitam dipercayai perbuatan khianat.
Tinjauan mendapati, empat papan iklan di kawasan Pulau Tikus di sini yang memaparkan wajah Kon Yeow bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid telah diconteng.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2548406.jpg
Hanya wajah Kon Yeow yang diconteng dipercayai dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.





Bagaimanapun, hanya gambar Kon Yeow diconteng dengan perkataan 'scam' dan tanda 'x'.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Bukit Bendera di Balai Polis Pulau Tikus pada jam 10 pagi, Jumaat.


Menurut DAPSY Bukit Bendera, papan iklan yang diconteng itu dikesan di beberapa kawasan iaitu Jalan Burma, Jalan Kelawei, Lebuhraya Maktab dan kawasan sekitar.
Tambah mereka, perkara itu dikesan pada jam 3 petang, Khamis yang mendapati hanya gambar Kon Yeow telah diconteng dan ia dipercayai perbuatan khianat.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2548404.jpg
Satu laporan polis dibuat oleh DAPSY Bukit Bendera berhubung perbuatan khianat pada papan iklan ucapan Tahun Baharu Cina di sekitar Pulau Tikus.



"DAPSY Bukit Bendera membuat laporan ini supaya pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada si pelaku.
"Kami turut berharap kejadian sedemikian tidak berulang lagi khususnya pada papan tanda di kawasan lain," katanya selepas membuat laporan polis pada Jumaat.
Kata mereka lagi, tindakan keterlaluan itu boleh disifatkan sebagai perbuatan berbaur hasutan dengan niat memburukkan imej pemimpin Kerajaan Pulau Pinang serta memecahbelahkan keharmonian masyarakat setempat.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2548403.jpg
Antara papan iklan ucapan Tahun Baharu Cina di kawasan Pulau Tikus yang diconteng.



"Perbuatan vandalisme terhadap wajah para pemimpin Kerajaan Pulau Pinang telah kerap berlaku khususnya di kawasan Pulau Tikus. Kami percaya, dalang di sebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini terdiri daripada individu atau kumpulan yang sama.



"Kekerapan tindakan keterlaluan ini juga seolah-olah mencabar kemampuan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas atas individu atau kumpulan tersebut," katanya.
Gambar Kon Yeow diconteng, DAPSY buat laporan polis - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Gambar Kon Yeow diconteng, DAPSY buat laporan polis


ADVERTISEMENT