sfhzuraz Publish time 23-2-2024 03:45 PM

Tak sedap hati macam ada sesuatu bakal berlaku - isteri

Tak sedap hati macam ada sesuatu bakal berlaku - isteri


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm283stri_1708673113.jpg
ISTERI kepada seorang anggota bomba yang dikhuatiri lemas, Jamaliah Abd Majid, memaklumkan naluri hatinya merasakan ada sesuatu tidak kena. FOTO Nur Izzati Mohamad



Butterworth: Isteri anggota bomba yang dikhuatiri lemas ketika sedang menguji enjin bot di Jeti Pangkalan Marin di Mak Mandin di sini, malam tadi memberitahu hatinya tidak tenteram beberapa jam sebelum kejadian menimpa suaminya.
Jamaliah Abd Majid, 42, berkata dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena sehingga semuanya terlerai apabila mendapat panggilan memaklumkan suaminya, Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai.
Ibu kepada lima anak itu berkata luluh hatinya apabila mendapat perkhabaran itu namun reda atas ujian berkenaan meskipun perit untuk diterima.
"Sebelum kejadian entah mengapa hati saya kata ada sesuatu yang tidak kena apatah lagi tidak menerima panggilan telefon dari suami.
"Selepas menerima berita, saya kuatkan diri demi anak-anak dan bergegas ke lokasi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Katanya, suaminya kerap berpesan supaya berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain untuk membesarkan lima anak mereka berusia empat hingga 16 tahun.
"Saya berharap suami ditemukan segera dalam keadaan apa sekalipun," katanya.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad dilaporkan berkata, operasi mencari mangsa diperluas sehingga satu kilometer menyusur sehingga ke hilir dan 500 meter ke hulu sungai dari mangsa dilaporkan terjatuh.
Setakat ini, seramai 50 anggota terlibat dalam operasi mencari manakala sembilan bot milik JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Disiarkan pada: Februari 23, 2024 @ 3:25pm


Tak sedap hati macam ada sesuatu bakal berlaku - isteri (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Tak sedap hati macam ada sesuatu bakal berlaku - isteri


ADVERTISEMENT