sfhzuraz Publish time 23-2-2024 03:28 PM

Mohamad Fakhrudin KPD gred A - Ketua Polis Selangor

Mohamad Fakhrudin KPD gred A - Ketua Polis Selangor


Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/23224hairul1_1708667910.jpg
HUSSEIN (tengah) menyaksikan Fakhrudin (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Shahrulnizam ketika majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya. FOTO Hairul Anuar Rahim



Petaling Jaya: Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid disifatkan sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) gred A yang bekerja keras mengekang jenayah di daerah ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, Mohamad Fakhrudin adalah seorang yang komited dalam menjalankan tugas semasa memegang jawatan sebagai KPD Petaling Jaya dan membantu mencorak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
"Kalau ada kad laporan, beliau dapat semua A. Kita boleh lihat daripada cara tugas beliau yang komited, contohnya semasa PRN (Pilihan Raya Negeri) tahun lalu.
"Contoh lain yang kita boleh tengok adalah semasa beliau menangani kes kehilangan Zayn Rayyan. Sejak hari pertama sehingga kini, beliau sentiasa turun pada dan mengemas kini maklumat kepada saya.
"Semua KPD lain boleh ambil contoh beliau sebagai pegawai teladan apabila berjaya menjadikan Petaling Jaya sebagai tiga IPD yang mencatatkan penurunan indeks jenayah tahun lalu.
"Diharap beliau akan terus melakar kejayaan di tempat baru nanti," katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPD Petaling Jaya di IPD Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Terdahulu, Hussein menyaksikan pelantikan Penolong Pengarah Perjawatan Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail sebagai sebagai KPD Petaling Jaya berkuat kuasa, hari ini.
Jawatan disandang Shahrulnizam sebelum ini akan digantikan oleh Mohamad Fakhrudin.
Semasa berucap pada majlis berkenaan, Mohamad Fakhrudin dilihat gagal menahan sebak apabila mengimbau kembali kenangan hampir tiga tahun berkhidmat di daerah itu.
"Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang dua tahun 10 bulan berkhidmat mengetuai daerah ini.
"Kerjasama yang erat antara Ketua Polis Selangor, ketua jabatan, pegawai, anggota dan tidak lupa juga sahabat KPD yang lain.
"Tiga peristiwa yang sukar saya lupakan sepanjang berkhidmat di sini adalah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pilihan Raya Umum (PRU-14) dan PRN pada tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Shahrulnizam bertekad untuk menyahut seruan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam memastikan tatakelola dan akauntabiliti pegawai dan anggota sentiasa berada di tahap terbaik
"Saya nak pastikan masyarakat sentiasa selamat menerusi jalinan kerjasama dengan masyarakat seiring dengan moto 'polis dan masyarakat berpisah tiada'.
"Apa yang dicapai Mohamad Fakhrudin perlu saya kejar dan cabaran bagi saya untuk mengekalkan tahap kecemerlangan IPD Petaling Jaya seiring dengan tahap sedia ada," katanya.


Disiarkan pada: Februari 23, 2024 @ 1:58pm


Mohamad Fakhrudin KPD gred A - Ketua Polis Selangor (hmetro.com.my)








Pages: [1]
View full version: Mohamad Fakhrudin KPD gred A - Ketua Polis Selangor


ADVERTISEMENT