sfhzuraz Publish time 23-2-2024 12:11 PM

Imam buat 'live' cari dana RM2.4 juta bina hotel di masjid

Imam buat 'live' cari dana RM2.4 juta bina hotel di masjid

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
23 Februari 2024 10:50am


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2547944.jpg
Kutipan dana yang dilancarkan secara siaran langsung di media sosial bertujuan memberi peluang kepada semua golongan berinfak.



MERBOK - Seorang imam dari Masjid Al-Busyra di sini bertindak luar biasa dengan melancarkan kutipan RM2.40 bagi mencukupkan dana berjumlah RM2.4 juta untuk pembinaan hotel di masjid berkenaan Rabu lalu.
Lebih menarik, Mohd Firdaus Mat Akhir, 36, menggunakan platform media sosial untuk bersiaran langsung bagi meraih sumbangan pengguna Facebook dan TikTok sekali gus membolehkan semua golongan berinfak dengan hanya serendah RM2.40 setiap seorang.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2547941.jpg
Mohd Firdaus turut mendapat kerjasama baik daripada ahli jawatankuasa masjid serta kakitangannya ketika melancarkan kutipan RM2.40 untuk pembinaan hotel di Masjid Al-Busyra Merbok.





Jelasnya, inisiatif itu dilihat sesuatu yang tidak mustahil untuk dilaksanakan setelah mendapat inspirasi daripada seorang usahawan tempatan yang berjaya meraih RM1.2 juta jualan dalam masa tiga minit.
"Produk terbaharu usahawan dan juga pempengaruh media sosial, Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi terjual 80,000 unit hanya dalam tiga minit, saya melihat 'live' itu dan berniat, masjid pun akan guna platform sama untuk lancar kutipan agar semua orang berpeluang kumpul pahala," katanya.


Siaran langsung kutipan dana turut disaksikan ahli jawatankuasa masjid serta jemaah yang hadir.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2547943.jpg
Siaran secara langsung dibuat Mohd Firdaus bagi mengutip dana pembinaan hotel Masjid Al-Busyra Merbok.



Lebih mengejutkan, sebaik sahaja siaran ditamatkan dalam masa kira-kira sejam bersiaran, Mohd Firdaus berjaya mengutip RM245,452 termasuk lebih RM100,000 kutipan terkumpul lebih awal sebelum 'live' bermula.



Jelasnya, setelah beberapa hari pelancaran dibuat, kutipan terkini yang berjaya diperoleh mencecah RM385,000.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang memberikan sokongan terhadap pembangunan hotel di masjid berkenaan.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2547942.jpg
Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Busyra Merbok meraikan jumlah kutipan yang diperolehi sebanyak RM245,452 dalam siaran langsung berkenaan.



"Ini kali pertama kita lancarkan kutipan dalam 'live', dapat banyak ini pun saya bersyukur sangat. Moga ALLAH berkati usaha kita dan limpahkan rezeki kepada semua yang menyokong, namun usaha kita untuk cukupkan dana RM2.4 juta akan tetap diteruskan setiap hari," katanya.
Setakat ini, pembangunan naik taraf di Masjid Al-Busyra menjadi tular di seluruh negara kerana sebelum ini masjid usang yang berada di kawasan luar bandar itu telah ditransformasikan menjadi sebuah masjid mesra musafir berkonsepkan hentian rehat dan rawat (R&R).



Ia turut dilengkapi medan selera, dobi layan diri, tempat cuci kereta, tandas yang selesa, kedai gunting rambut, bistro, menyediakan perkhidmatan percetakan, membekalkan air telaga wakaf dan terbaharu akan menyiapkan hotel sebagai kemudahan musafir yang singgah ke masjid.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 5521-8953-2234 atas nama Masjid Al-Busyra Merbok.
Imam buat 'live' cari dana RM2.4 juta bina hotel di masjid - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Imam buat 'live' cari dana RM2.4 juta bina hotel di masjid


ADVERTISEMENT