sfhzuraz Publish time 23-2-2024 11:58 AM

Boleh bawa haiwan peliharaan tetapi bersyarat

Boleh bawa haiwan peliharaan tetapi bersyarat

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
23 Februari 2024 11:20am


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2547960.jpg
Joshua menunjukkan papan tanda mengenai syarat membawa haiwan peliharaan di Taman Gurney Bay.



GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang membenarkan pemilik haiwan untuk membawa haiwan peliharaan mereka ke Taman Gurney Bay di Persiaran Gurney yang baru dibuka awal bulan ini namun perlu mematuhi beberapa syarat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng berkata, pengunjung hanya dibenarkan membawa haiwan peliharaan mereka di kawasan 'lower promenade' di fasa pertama taman seluas 11.2 hektar itu.


Menurutnya, pengunjung dilarang membawa haiwan peliharaan mereka di kawasan berumput dan tapak permainan serta tapak kasut beroda.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2547959.jpg
Hanya di kawasan 'lower promenade' dibenarkan untuk haiwan peliharaan.



"Pemilik haiwan mesti mengikat haiwan mereka dan haiwan sentiasa dikawal oleh pemilik sepanjang berada di 'lower promenade'," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Tambah beliau, pemilik mesti membersihkan sisa najis haiwan peliharaan sekiranya ada.
"Ini adalah syarat-syarat yang telah kita keluarkan dan ia perlu dipatuhi oleh semua pemilik haiwan.
"Sekiranya gagal mematuhi peraturan, mereka akan dikenakan penalti," tambah beliau lagi.

Sebelum ini, media melaporkan ketiadaan papan tanda yang melarang kemasukan haiwan peliharaan di Taman Gurney Bay menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan bersikap tidak peduli terhadap persekitaran dan sensitiviti ketika mengunjungi taman rekreasi itu.
Difahamkan, hanya terdapat papan tanda larangan membuang sampah, merosakkan tanaman, merokok, menjaja dan melakukan vandalisme di situ.
Dalam pada itu, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menempatkan beberapa anggota penguat kuasa bagi menjalankan tugas pemantauan di taman berkenaan.



Ia susulan aduan mengenai kemasukan haiwan peliharaan di taman rekreasi yang baru beroperasi pada 4 Februari lalu itu.
Boleh bawa haiwan peliharaan tetapi bersyarat - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Boleh bawa haiwan peliharaan tetapi bersyarat


ADVERTISEMENT