sfhzuraz Publish time 23-2-2024 10:58 AM

Bayi 8 bulan derita kanser neuroblastoma

Bayi 8 bulan derita kanser neuroblastoma


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm23melly_1708655191.jpg
Ahmad (kiri), dan Nor Leli (kanan) ketika ditemui di Taman Jajar, Jalan York di sini, bersama anak mereka Muhamad Qayyum dan Muhammad Qhalish Khan. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI



Georgetown: Muhamad Qayyum Ahmad, lapan bulan, pernah ditidurkan selama 12 hari berikutan komplikasi akibat penyakit barah neuroblastoma yang dihadapi.
Tidak mahu ia berulang, Muhamad Qayyum kini terpaksa menjalani empat sesi kemoterapi sejak didiagnos penyakit itu pada September tahun lalu.
Bapanya, Ahmad Abdul Rahman, 42, berkata, sejurus dilahirkan, anak bongsunya itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan tertelan mekonium atau 'najis'nya ketika dalam kandungan.
Namun sebulan kemudian, doktor mendapati terdapat simptom lain sebelum mengenalpastinya sebagai kanser.
"Sebagai ibu bapa, sudah tentu perasaan kami 'hancur' apabila mendengar keputusan doktor sebelum menyarankan supaya membawa Muhamad Qayyum menjalani rawatan susulan serta beberapa siri kemoterapi.
"Selepas itu, isteri saya (Nor Leli Ab Rapor, 40) terpaksa berulang alik dari rumah di Bayan Lepas ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebanyak empat kali seminggu demi memastikan Muhamad Qayyum menerima rawatan sewajarnya," kata pekerja swasta itu ketika ditemui, baru-baru ini.
Mengulas lanjut Ahmad berkata, Muhamad Qayyum didapati terkencing setiap kali menangis dan kini terpaksa dipakaikan tiub yang bersambung ke dalam beg saliran air kencing.
Manakala kaki kiri Muhamad Qayyum pula didapati tidak bergerak dan tiada tindak balas.
"Selepas menjalani beberapa siri kemoterapi, keadaan Muhamad Qayyum bertambah baik dan melihatkan perkembangannya, semangat bagi meneruskan rawatan semakin membara.
"Dia adalah amanah daripada Allah SWT, dan kami akan terus berjuang bersamanya supaya Muhamad Qayyum dapat menjalani kehidupan seperti bayi seusianya kelak.
"Anak sulung kami berusia tujuh tahun adalah kanak-kanak autisme dan dia juga perlukan perhatian yang lebih berikutan keadaannya," katanya.
Terdahulu, Ahmad dan Muhamad Qayyum ditemui ditemui di Program 'Foccan Day Out' di Taman Jajar, Jalan York, di sini.
Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN), Maznah Tayib berkata, program berkenaan turut membabitkan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Seramai lebih 70 kanak-kanak pengidap kanser sekitar negeri di utara diraikan dengan menyertai pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, memanah, sukaneka dan pertunjukan tarian singa," katanya di sini.


Disiarkan pada: Februari 23, 2024 @ 10:26am


Bayi 8 bulan derita kanser neuroblastoma (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Bayi 8 bulan derita kanser neuroblastoma


ADVERTISEMENT