sfhzuraz Publish time 23-2-2024 09:26 AM

Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot

Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot

23 Februari 2024 08:02am


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/23/2547782.jpg
Seorang anggota bomba dikhuatiri lemas ketika melakukan kerja menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin di sini, malam tadi. Gambar hiasan



BUTTERWORTH - Seorang anggota bomba dikhuatiri lemas ketika melakukan kerja menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin di sini, malam tadi.
Mohd Izwan Ilias, 42, yang juga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dikatakan terjatuh ke dalam sungai di kawasan itu ketika menyelenggara bot penyelamat kira-kira 10 malam.


Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Khairy Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.20 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi bagi memulakan operasi mencari dan menyelamat.
"Mangsa membuat penyelenggaraan bot bagi memastikan bot berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sekiranya diperlukan bagi sebarang operasi.


"Bagaimanapun, ketika penyelia datang membuat pemeriksaan mendapati mangsa tiada di bot dan bot itu juga didapati telah hanyut sebelum terdengar jeritan mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata, ketika ini operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. - Bernama
Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot


ADVERTISEMENT