mattzzx Publish time 22-2-2024 05:34 PM

'Api terus sambar saya dan badan jadi menggigil'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/melecur_1708589459.jpg
KECEDERAAN dialami Muhammad Azammuddin selepas disambar api akibat letupan botol semburan nyamuk. FOTO Alias Abd Rani.

Muar: Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (Aspa) Muar melecur 40 peratus selepas disambar api akibat botol semburan nyamuk meletup.

Dalam kejadian 10.30 malam, Rabu lalu, Muhammad Azammuddin Shah Mahtar, 28, berkata, dia menyertai latihan kompang sambil membantu mengutip sampah yang bertaburan untuk dibakar di Taman Tun Sulaiman Ninam Shah di sini.

"Ketika mahu memadamkan api menggunakan pelepah kelapa, tiba-tiba berlaku letupan dan api terus menyambar tangan, muka dan kepala saya.

"Saya cuba padam kebakaran itu guna tangan, namun kira-kira 30 minit kemudian badan saya mula menggigil dan segera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.



"Saya tidak sedar dalam timbunan sampah itu ada botol penyembur nyamuk memandangkan keadaan ketika agak gelap," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Menurut Muhammad Azammuddin, paling teruk melecur adalah tangan kanannya bermula di bahu hingga jari dan dia perlu menjalani rawatan susulan di klinik kesihatan untuk membersihkan kulit terbakar.

Terdahulu, dia menerima kunjungan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Muar Mejar Khairun Nasirin Shes Su'eba yang menziarahinya untuk menyampaikan bantuan.

Sementara itu, Muhammad Azammuddin menerima kunjungan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Muar, Mejar Khairun Nasirin Shes Su'eba menziarahi di rumahnya.

"Dia salah seorang calon My-Aspa tahun ini. Kami berdoa agar Muhammad Azammuddin diberikan kesembuhan dan boleh bertugas seperti biasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1063255/api-terus-sambar-saya-dan-badan-jadi-menggigil
Pages: [1]
View full version: 'Api terus sambar saya dan badan jadi menggigil'


ADVERTISEMENT