mattzzx Publish time 22-2-2024 05:33 PM

Dua premis 'lombong' bitcoin diserbu

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm283serbubitcoin_1708589988.jpg
SURUHANJAYA Tenaga bersama kakitangan TNB memeriksa sambungan elektrik secara haram aktiviti perlombongan matawang bitcoin. FOTO Danial Saad

Nibong Tebal: Suruhanjaya Tenaga (ST) menyerbu dua premis yang menjalankan aktiviti perlombongan mata wang digital bitcoin di Valdor, Simpang Ampat, di sini, menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada setiap bulan.

Ia berikutan rumah teres dua tingkat dan rumah kedai itu didapati melakukan sambungan elektrik secara haram.

Pengarah ST Wilayah Utara, Muhamad Azmi Ishak berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua premis itu dijadikan sebagai lokasi operasi untuk aktiviti 'melombong' bitcoin sejak enam bulan lalu.

"Kita mengesan aktiviti ini selepas mendapati penggunaan tenaga elektrik tinggi (melebihi paras ditetapkan), selain aduan pihak industri di sekitar kawasan itu yang berdepan masalah voltan rendah.


"Situasi ini (penggunaan tenaga elektrik tinggi) boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat kerana boleh menyebabkan kebakaran apatah lagi aktiviti melombong bitcoin ini beroperasi 24 jam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai operasi bermula 10 pagi membabitkan 20 kakitangan ST dan TNB, di sini, hari ini.

Muhamad Azmi berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengenal pasti pemilik kedua-dua premis itu, namun usaha mengesan mereka edang dijalankan.

"Premis ini kosong dan selalunya aktiviti bitcoin memang tak ada orang. Kebanyakan (akaun) didaftarkan atas nama orang lain yang mana apabila kita cari tidak dapat trace (kesan).

"Kadangkala bila jumpa (ketika operasi) ramai tidak mengaku owner (pemilik). Apatah lagi (orang yang terlibat dalam aktiviti bitcoin) selalu ubah modus operandi dengan menyewa rumah kosong di kawasan industri dan kawasan terbengkalai," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).

"Saya berharap penduduk peka terhadap persekitaran rumah mereka dan melaporkan kepada pihak ST atau TNB bagi membanteras kegiatan kecurian elektrik yang kini banyak dikesan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1063262/dua-premis-lombong-bitcoin-diserbu
Pages: [1]
View full version: Dua premis 'lombong' bitcoin diserbu


ADVERTISEMENT