mattzzx Publish time 22-2-2024 04:50 PM

Jabatan Pendakwaan Syarie Persekutuan pisahkan peranan penguat kuasa, pendakwaan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sfdsfddddd_1708582963.jpg
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. - Foto BH

GEORGETOWN: Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Persekutuan (JPSM) tidak akan mengubah kuasa dan fungsi Ketua Pendakwa Syarie Negeri seperti yang digariskan dalam Enakmen Hal Ehwal Agama Islam Negeri.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata penubuhan itu satu perkembangan positif terutama bagi memisahkan peranan dan tugas penguat kuasa dengan pendakwaan.

"Berikutan itu, ia dapat menamatkan pertindihan kuasa di antara jabatan agama Islam dan mahkamah syariah.

"Sepatutnya jabatan berkenaan sudah lama ditubuhkan bagi memudahkan serta melancarkan pengurusan kes yang dikemuka masyarakat Islam supaya diselesaikan oleh mahkamah syariah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Semalam, media melaporkan kerajaan akan menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) dalam usaha memperkukuh ekosistem perundangan syariah di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata proses penubuhan jabatan itu dalam peringkat perbincangan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1215492/jabatan-pendakwaan-syarie-persekutuan-pisahkan-peranan-penguat-kuasa
Pages: [1]
View full version: Jabatan Pendakwaan Syarie Persekutuan pisahkan peranan penguat kuasa, pendakwaan


ADVERTISEMENT