mattzzx Publish time 22-2-2024 11:55 AM

Kereta terjunam bawah jambatan, isteri Pengurus FELDA maut

https://assets.bharian.com.my/images/articles/kancil_junam_1708569816.jpg
Keadaan kereta mangsa yang terjunam selepas melanggar penghadang jambatan akibat terbabas di KM2 Jalan Sungai Koyan-Raub. - Foto ihsan polis

LIPIS: Pengurus FELDA Sungai Koyan 1 mengalami kecederaan di kepala, manakala isterinya maut apabila kereta dinaiki pasangan itu terjunam ke bawah jambatan selepas melanggar penghadang akibat terbabas di Kilometer (KM) 2, Jalan Sungai Koyan-Raub, di sini, kelmarin.

Nahas berlaku kira-kira jam 6.50 petang ketika mangsa, Mohd Nazaruddin Abdullah, 50, yang juga pemandu kereta jenis Perodua Kancil terbabit, bersama isteri, Azlina Mohamed, 45, sedang dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Sungai Koyan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata Azlina yang juga seorang suri rumah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati setiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jambatan sebelum terjunam ke bawahnya.



"Akibat kemalangan itu, Mohd Nazaruddin mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut, manakala isterinya maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1215398/kereta-terjunam-bawah-jambatan-isteri-pengurus-felda-maut
Pages: [1]
View full version: Kereta terjunam bawah jambatan, isteri Pengurus FELDA maut


ADVERTISEMENT