CARI-HBZ Publish time 22-2-2024 11:14 AM

“Kau Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-Anak, Binasa Hidup Kau” – Kak KM Nasihat Geng Suami Yang Suka ‘Sorok’ Duit

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/22/111254g8ydi8ogccn9ymo8.png





Usahawan kontroversi, Liana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai Kak KM tampil memberi nasihat kepada kaum lelaki yang bergelar suami untuk tidak sesekali kedekut dengan isteri dan anak-anak.


Menerusi satu video TikTok, Kak KM berkata zaman kini, ramai suami yang gemar ‘sorok duit’ atau gaji daripada isteri.


Ujarnya, sikap itu sangat kedekut dan rezeki juga tersekat kerana ‘berkira’ dengan anak-anak serta isteri.


7336832085455392002


"Sebab ada banyak lelaki dekat luar sana yang sorok duit. Dapat gaji, dapat bonus, diam-diam. Asyik cakap tak ada duit.


"Kau kena tahu satu hal. Kalau kau kedekut dengan isteri dan anak-anak. Binasa hidup kau. Lagi kau sorok duit, duit itu akan hilang. Bukan hilang sebab toyol ambil."


Kata Kak KM, pasti ada saja kejadian atau musibah yang menimpa si suami jika berkelakuan seperti itu namun dia meluahkan rasa bangga jika suami percaya akan isteri untuk menguruskan duit gaji.


https://www.instagram.com/p/C3EoGqCPV2i/


"Dapat saja gaji bulat-bulat semua dia serah dekat bini. Kemudian bini akan uruskan semua. Makna dia tak pegang langsung duit. Kalau dia nak duit makan ke barulah minta. Aku memang respect orang macam ni."


SUMBER : TikTok/Beautifulnara

prince_marhaen Publish time 22-2-2024 11:21 AM

laki katik kau tu berduit ke kakkimak? macam biawak je, kena maki pun diam tak berkutik... sibukkan pulak duit laki orang lain...

Orix Publish time 22-2-2024 11:28 AM

true.. lagi2 kalau dgan anak n isteri sendiri kedekut, dgan org luar bukan main pemurah lagi dia...

laksmanabentan Publish time 22-2-2024 11:28 AM

prince_marhaen replied at 22-2-2024 11:21 AM
laki katik kau tu berduit ke kakkimak? macam biawak je, kena maki pun diam tak berkutik... sibukkan...

dia nak suruh acik2 kepam tu beli produk gentel dia tu laaaa...
hahhahahaha...

hyie Publish time 22-2-2024 11:53 AM

ekceli berapa umur sheols tahun 2024?

lilacomot Publish time 22-2-2024 11:56 AM

retis gk ke sheol ni

SalenaGomez Publish time 22-2-2024 01:23 PM

Entahlah, SG x bape nak setuju jenis laki bg bini gaji bulat2 utk diuruskan. Mcm x bijak laki tu dlm uris duit. Patut ada bajet utk rumahtangga, anak dan isi rumah, pastu saving. Ikut la tabung bercuti, kecemasan, dan saving akan dtg. Kena sama2 ambil tahu. Pempuan ni pon manusia biasa. Bole je rambang mata mismanaged duit kan

naina Publish time 22-2-2024 01:46 PM

SalenaGomez replied at 22-2-2024 01:23 PM
Entahlah, SG x bape nak setuju jenis laki bg bini gaji bulat2 utk diuruskan. Mcm x bijak laki tu dlm ...

Sama. Tak setuju. Dia serah duit selepas dia urus semua bil2 ataudia ambil sendikit untuk keperluan diri minyak, duit blnja ke tempat kerja..kalau tidak nanti asik2 minta bini. Phtu bini buat muka..dh kau BG semua kat bini knp. Tak pun bini lenjan buat loan rapat.
Sebab orang terdekat aku cmni. Takda duit. Orang lain yg simpati BG duit senyap2 kat dia.

KamikuP Publish time 22-2-2024 03:07 PM

Lelaki yg serah gaji bulat2 kat bini sejenis laki yang lembam

She-Ra Publish time 22-2-2024 03:16 PM

-keluar tajuk-
ada yg ajak iols join konsert yg dia anjurkan/sponsor
iols tolak terus hanya kerana kak km
entahla.. dia ni yg benarnya baik je dgn semua org cuma cara promot produk tu buat kita malu dan gelis

asfaz Publish time 22-2-2024 03:25 PM

Ai setuju aje bab jangan kedekut kat isteri Dan anak2.
Tpi ai tak setuju bab serahkan duit gaji bulat2 kat isteri. Tak pegang duit langsung. Dia penat bekerja,biarla dia pegang duit. Kalau nak isteri uruskan segala bil ke apa ke,bagi aje duit bukan pegang duit laki semua .
Mcm kena QC

lightheaded67 Publish time 22-2-2024 05:01 PM

tapi kan, tak stres ke hidop kalau duit laki pun kita yg kena urus. aku tak reti.. lnsung nak mnjadi koala lekat kat bini aje smua kita kena pikir. hish runsing mak. tp ade je rumahtangga yg suami bg semua duit gaji pd isteri, kalau dh rumahtangga dorg aman dan mendonia hidup gitu,ok lah tu. lain opis lain pngurusan nye

slyfynx Publish time 22-2-2024 05:32 PM

Laki die x sorok duit sbb mmg xde duit

DukunSentet Publish time 22-2-2024 05:36 PM

Gambar pakai tshirt tue muka desa nan permainya.. Gitew rupanya idok ditempek mekap..mcm gambar mak2 tahun 80an..:$

downiey Publish time 22-2-2024 09:12 PM

ape2 je la kak km

bebulu Publish time 23-2-2024 07:38 AM

Orix replied at 22-2-2024 11:28 AM
true.. lagi2 kalau dgan anak n isteri sendiri kedekut, dgan org luar bukan main pemurah lagi dia...

Macam bapak iols la. Boleh gempa tanah bila melibatkan bab duit ni dengan bini sendiri. Tapi dengan orang luar, elok je.

makton Publish time 23-2-2024 08:31 AM

aku lebih suka gaji suami bagi nafkah isteri, bagi duit belanja rumah & anak2, then kalau nak keluar jalan2, suami yg belanja. kalau bini & anak nak apa2, laki belikan.

duit bini terpulang bini nak buat apa. kalau bini nak tlg byrkan barang dapur @ bil, tu bonus utk suami.

tapi apa2 duit suami kena dahulukan. dan duit tu pandai2 la suami urus, tak perlu pun nak bagi semua kat bini utk uruskan.

rosevelvet Publish time 23-2-2024 08:37 AM

prince_marhaen replied at 22-2-2024 11:21 AM
laki katik kau tu berduit ke kakkimak? macam biawak je, kena maki pun diam tak berkutik... sibukkan...

Laki dayus lg binasa dr laki sorok duit

rosevelvet Publish time 23-2-2024 08:39 AM

SalenaGomez replied at 22-2-2024 01:23 PM
Entahlah, SG x bape nak setuju jenis laki bg bini gaji bulat2 utk diuruskan. Mcm x bijak laki tu dlm ...

Mcm jadi kat sawie. Percaya bini handle duit. Sekali dpt tau kena sakau, ditinju nya bini

rosevelvet Publish time 23-2-2024 08:41 AM

Ko ckp la kat anak jantan ko nanti serah semua duit kt bini unless kalau nk jd bewak. Supply air je kt bini yg kuat mkn jamu
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: “Kau Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-Anak, Binasa Hidup Kau” – Kak KM Nasihat Geng Suami Yang Suka ‘Sorok’ Duit


ADVERTISEMENT