YgBenar Publish time 22-2-2024 06:43 AM

Disiarkan secara 'live',bayaran tunai ditolak atas faktor keselamatan - peguam Hidayah

Edited by YgBenar at 22-2-2024 06:45 AM

ATAS faktor keselamatan, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd. Ali enggan menerima pembayaran secara tunai wang saman fitnah oleh adik iparnya yang juga pelawak, Ali Puteh, semalam.https://fb.watch/qmdA7AM1ZW/?mibextid=Nif5oz

Perkara tersebut dijelaskan peguamnya, Mohamed Ibrahim Mohamad menerusi satu hantaran video dalam Instagram Hidayah, hari ini.

Kata Ibrahim, anak guamnya (Hidayah) telah menghubunginya sebaik Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, datang ke rumah Hidayah pada pukul 6.30 petang dengan membawa bersama wang tunai berjumlah RM75,000.

Puan Hidayah telah menghubungi saya untuk bertanya sama ada dia boleh mengambil RM75,000 tersebut (secara tunai).

“Dari segi undang-undang tak ada masalah untuk Ali membayar wang tersebut secara tunai, tetapi saya mengambil kira pada waktu itu, apabila sejumlah wang sebegitu besar di bawa ke rumah Hidayah, pada waktu senja dan urusan itu dibuat secara siaran langsung.

Jadi semua orang akan tahu bahawa pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar yang akan disimpan di rumahnya. Wang tersebut tidak boleh dimasukkan di dalam bank sehingga keesokan harinya,” ujar Ibrahim.

Justeru atas faktor keselamatan, Ibrahim telah mencadangkan agar wang tersebut dihantar ke firma guaman atau dimasukkan ke dalam akaun bank.

“Jadi atas faktor-faktor keselamatan, kami nasihatkan Ali supaya wang itu di bawa ke firma guaman atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank atau dibuat bank draf.

“Ini semua atas faktor keselamatan. Saya percaya Hidayah tidak ada niat apa pun untuk menolak, kecuali mengambil kira faktor keselamatan,” jelasnya bersama Hidayah.

Semalam, Ali berkunjung ke rumah Hidayah bagi melunaskan bayaran berjumlah RM75,486.48 secara tunai kepada Hidayah seperti yang diperintahkan mahkamah.

Dalam kunjungan tersebut, Ali turut membacakan surat yang juga ditandatangani bersama kakak iparnya.

Bagaimanapun, urusan pembayaran hutang saman berkenaan masih belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan transaksi tersebut melalui peguamnya.

www.hmetro.com.my/rap/2024/02/1062975/tolak-atas-faktor-keselamatan-peguam

otai_g Publish time 22-2-2024 07:53 AM

Kejapnya ali dpt kumpul 75k. Hbt. Org lain maybe sepanjang hayat pun x dpt nak kumpul 75k.

Herlina Publish time 22-2-2024 07:56 AM

Kalau tak buat live tak boleh ke?
Buat je la rakaman video pastu esok lusa ke minggu depan ke bulan depan atau tahun depan baru share kat media soSial

Tanya jerrrr

cutieslilies Publish time 22-2-2024 08:12 AM

org x sekolah mmg camni....

kan ada prosedur undang2..mana boleh main terjah jaa..kene ikut saluran..

bantainya org aim..

saja nak viral..byr mmg sah laa x ikhlassss

abas8888 Publish time 22-2-2024 08:19 AM

dah kenapa nak suruh dayah sain bagai tu? Dayah kan ada loyer? Nampak sangat perangai..sain la kat depan loyer...surat pun tah apa2 ko buat sendiri..

adeqbun Publish time 22-2-2024 08:51 AM

saman polis pon xleh bayar direct kat polis trafik yg menyaman tu..kene amik je resit dan bayar kat konter..ni pulak saman mahkamah harga puluh ribu...bangang die ni mmg jenuh nak dibendung..xde bersempadan bangangnya..

rain2169 Publish time 22-2-2024 09:10 AM

betul la tu.... 75K kot...
kenapa tak transfer je....

talapia Publish time 22-2-2024 09:29 AM

mmg dalam arahan mahkamah kena bagi cash ke? I mean cash ikat getah camtu?
tak boleh ke transfer ke.. cek ke.. (cek mungkin risiko tendang).. draf bank la kot paling selamat.

aneh2 eh org sekarang beli goreng pisang 3 hengget pon cashless... kau bayar puluh ribu bawak selepuk. Gila apa?
usahkan dayah.. kalau aku jadi Ali pon aku takut kot kena rompak. Kang melepas x sempat sampai ke tangan Dayah

dewi_rina Publish time 22-2-2024 09:43 AM

Ko ali lain kali buat live mcm ct kawin dulu takpun macam inawi putus tunang dulu, senang rakyat malaysia nak tengok.. Ni konon datang taknak org tahu, tapi bawak sekampung pastu buat live.. Lawak apa ko ni ali, buat2 baik takkan tanak org tahu ke dak

fifie_olin Publish time 22-2-2024 09:51 AM

si ali ni nak bagi pon mcm nk gadoh
ke jadah main terjah2 jek
sekurangnya ckp la awal2
pas la duit tu dlm rmh
amount bkn skit2 mat

Rogue98 Publish time 22-2-2024 09:57 AM

Dah kenapa pulak nak buat live ....adoiii..tak habis2 bodoh si Ali ni..

izat123 Publish time 22-2-2024 10:00 AM

Ali ni masa sekolah dulu mesti budak kelas belakang kan. Nampak gaya bercakap, berfikir pun macam iq rendah.

bulalof Publish time 22-2-2024 10:12 AM

useless stupido type of person.

HoneyManjer Publish time 22-2-2024 10:21 AM

knowing hati busuk ali
dia ekceli nak nganjing dayanh...
bawak cash...ha ko kire la duit tuh
tapi malangnya dayah n her lawyer lagi bijak!
tahniah team lawyer dayah...
jahahahha aku pun hitam jua hati yach

heythere123 Publish time 22-2-2024 10:22 AM

bagus dayah & legal team cepat keluar statement. Ali sewel semoga terus melingkup

CARI-HBZ Publish time 22-2-2024 10:27 AM

Hidayah Tak Terima Wang Tunai Atas Faktor Keselamatan – Peguam

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/22/102723px05k52yzxbixtkk.png





ATAS faktor keselamatan, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd. Ali enggan menerima pembayaran secara tunai wang saman fitnah oleh adik iparnya yang juga pelawak, Ali Puteh, semalam.


Perkara tersebut dijelaskan peguamnya, Mohamed Ibrahim Mohamad menerusi satu hantaran video dalam Instagram Hidayah, hari ini.


Kata Ibrahim, anak guamnya (Hidayah) telah menghubunginya sebaik Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, datang ke rumah Hidayah pada pukul 6.30 petang dengan membawa bersama wang tunai berjumlah RM75,000.


"Puan Hidayah telah menghubungi saya untuk bertanya sama ada dia boleh mengambil RM75,000 tersebut (secara tunai).


“Dari segi undang-undang tak ada masalah untuk Ali membayar wang tersebut secara tunai, tetapi saya mengambil kira pada waktu itu, apabila sejumlah wang sebegitu besar di bawa ke rumah Hidayah, pada waktu senja dan urusan itu dibuat secara siaran langsung.


Jadi semua orang akan tahu bahawa pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar yang akan disimpan di rumahnya. Wang tersebut tidak boleh dimasukkan di dalam bank sehingga keesokan harinya,” ujar Ibrahim.


Justeru atas faktor keselamatan, Ibrahim telah mencadangkan agar wang tersebut dihantar ke firma guaman atau dimasukkan ke dalam akaun bank.


“Jadi atas faktor-faktor keselamatan, kami nasihatkan Ali supaya wang itu di bawa ke firma guaman atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank atau dibuat bank draf.


“Ini semua atas faktor keselamatan. Saya percaya Hidayah tidak ada niat apa pun untuk menolak, kecuali mengambil kira faktor keselamatan,” jelasnya bersama Hidayah.


Semalam, Ali berkunjung ke rumah Hidayah bagi melunaskan bayaran berjumlah RM75,486.48 secara tunai kepada Hidayah seperti yang diperintahkan mahkamah.


Dalam kunjungan tersebut, Ali turut membacakan surat yang juga ditandatangani bersama kakak iparnya.


Bagaimanapun, urusan pembayaran hutang saman berkenaan masih belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan transaksi tersebut melalui peguamnya.


Sumber –HIBGLAM

ihtisyam1 Publish time 22-2-2024 10:30 AM

tindakan yang betul .... knowing ali

katakau Publish time 22-2-2024 10:37 AM

da agak da dia akan buat live.jadah betul bagi cash sejebuk macam tu.kat fb ramai backup ali.dasar mangkuk tingkat

Carcosa Publish time 22-2-2024 10:43 AM

Mcm nilah bagus Lawyer. Terfikir keselamatan client. Dia takut client dirampok. Kalau Lawyer selfish, peduli apa dia. Janji duit dah dpt ken.

rayray28 Publish time 22-2-2024 10:44 AM

katakau replied at 22-2-2024 10:37 AM
da agak da dia akan buat live.jadah betul bagi cash sejebuk macam tu.kat fb ramai backup ali.dasar m ...

Kt tt pn ramai je yg x fhm bahase walau lawyer dayah dh explain...caya bulat2 kt pihak satu lg..sbb tu rmai rakyat msia sng kne scammed
Pages: [1] 2 3
View full version: Disiarkan secara 'live',bayaran tunai ditolak atas faktor keselamatan - peguam Hidayah


ADVERTISEMENT