sfhzuraz Publish time 22-2-2024 12:18 AM

Nurul Izzah, Dr Mohamad azam perkukuh keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan PKR

Nurul Izzah, Dr Mohamad azam perkukuh keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan PKR


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Februari 21, 2024 @ 9:05pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/picbaru222_1708520728.jpg
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (kiri) dan imbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid (kanan).



GEORGETOWN: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang kembali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang berikrar akan bekerja keras bagi mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap parti itu, khususnya di Pulau Mutiara.
Anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, beliau dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Pulau Pinang menerima amanah itu dengan penuh rasa rendah diri dan tanggungjawab.
"Secara bersama, kami merancang langkah selanjutnya bagi memperkukuh Keadilan (PKR) berbekal semangat yang diperbaharui untuk memaknai reformasi dalam usaha mengangkat taraf sosioekonomi kehidupan rakyat di Seberang Perai dan juga di Pulau.
"Antara fokus utama ialah agenda reformasi institusi yang menggalakkan tadbir urus yang baik dalam pentadbiran," kata Nurul Izzah dan Mohamad menerusi satu kenyataan bersama di sini, hari ini.
Nurul Izzah dan Mohamad turut berikrar melakukan yang terbaik demi mencegah penyelewengan maklumat dan melawan ekstremisme dengan mendekati masyarakat melalui infrastruktur tempatan (JPKK), rangkaian masjid dan surau serta saluran maklumat dalaman parti.
Kedua-dua pemimpin parti negeri itu berpandangan, usaha berterusan perlu dilakukan dalam membina ekosistem lebih erat, utuh dan bersatu-padu merentas keseluruhan komuniti rakyat Pulau Pinang daripada leluhur dan latar belakang berbeza.
Justeru, mereka akan bekerja keras untuk mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai, terutama di Pulau Pinang dengan mempertingkatkan ekosistem ekonomi dan kewangan sosial.
Menurut Nurul Izzah dan Mohamad, ini termasuk mengintegrasikan aktiviti pendidikan ekonomi dengan landskap pendidikan digital serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk mencapai Wawasan Pulau Pinang 2030 seperti digariskan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
"Kami juga akan memfokuskan kepada mempromosikan Kerajaan Perpaduan pada peringkat negeri dengan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Kami menjemput rakyat Pulau Pinang untuk menyertai kami dalam misi kolektif ini," kata mereka.
Semalam, media melaporkan PKR, melakukan rombakan terhadap MPN di enam negeri berkuat kuasa serta-merta membabitkan pimpinan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 18 Februari lalu.
Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Nurul Izzah memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi MPN Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Nurul Izzah, Dr Mohamad azam perkukuh keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan PKR (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Nurul Izzah, Dr Mohamad azam perkukuh keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan PKR


ADVERTISEMENT