sfhzuraz Publish time 21-2-2024 08:12 PM

Asnaf digantung tidak bertali boleh dapat bantuan guaman percuma

Asnaf digantung tidak bertali boleh dapat bantuan guaman percuma


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 21, 2024 @ 7:47pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/guamang_1708516062.jpg
Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Datuk Norazmi Mohd Narawi (dua, kanan) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Dr Mohd Faisal Mustafa (dua, kiri) pada Majlis Menandatangani Nota Persefahaman dan Pelancaran Program Skim Bantuan Guaman Asnaf di Menara Zakat, hari ini. NSTP/Noorazura Abdul Rahman



ALOR SETAR: Golongan asnaf dan fakir yang berdepan masalah perkahwinan termasuk perceraian atau isteri yang digantung tidak bertali boleh memohon bantuan guaman secara percuma.
Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Datuk Norazmi Mohd Narawi, berkata bantuan melalui Skim Bantuan Guaman Asnaf itu mula diperkenal sejak 2021 hasil kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Setakat ini, katanya, pihaknya berjaya menyelesaikan 64 kes mahkamah syariah membabitkan perceraian seperti fasakh, taklik, hak penjagaan anak dan mutaah.
"Ada asnaf (wanita) gantung tak bertali dalam kes perceraian yang meminta bantuan LZNK bagi menyelesaikan masalah mereka kerana jika guna khidmat peguam memerlukan sumber kewangan.
"Kita sentiasa berpegang kepada tiga keadaan untuk kita bantu iaitu kekurangan pengetahuan, kekurangan wang dan kekurangan masa yang biasanya menjadi penghalang kepada keadilan.
"Jadi bersama LZNK kita jalinkan kerjasama membantu asnaf miskin berkaitan kes perbicaraan di Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Nota Persefahaman dan Pelancaran Program Skim Bantuan Guaman Asnaf di Menara Zakat di sini, hari ini.
Pada majlis itu, LZNK yang diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasinya, Dr Mohd Faisal Mustafa.
Norazmi berkata, LZNK memberikan komitmen tinggi untuk menjayakan skim berkenaan agar lebih banyak golongan asnaf menerima manfaat melalui tambahan dana dari semasa ke semasa.
"Kalau ikut rekod 43 kes asnaf yang kita kendali ada baki dana RM15,000, namun dengan tambahan dana LZNK, kita akan giat mempromosikan skim ini.
"Golongan sasar kita kebanyakan adalah mereka yang menetap di Kulim, Sik dan Baling. Ini sebab kita tak mahu tercicir kerana tidak tahu wujudnya skim ini," katanya.
Asnaf digantung tidak bertali boleh dapat bantuan guaman percuma (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Asnaf digantung tidak bertali boleh dapat bantuan guaman percuma


ADVERTISEMENT