mattzzx Publish time 21-2-2024 02:45 PM

Lelaki rakam aksi rogol, amang seksual anak tiri didakwa

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/21hmrgl1x_1708495562.jpg
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas didakwa merogol dan mencabul anak tirinya di Batu Pahat, tahun lalu. FOTO Alias Abd Rani.

Muar: Pekerja pemotong rumput mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya, tahun lalu.

Lelaki berusia 41 tahun itu membuat pengakuan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol anak perempuan tiri berusia 15 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat, pada 9 malam, 6 Jun 2023.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebatan tidak kurang 20 kali.



Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Mac.

Terdahulu, berdasarkan laporan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ketika ibu mangsa tiada di rumah dan dia dipercayai merakam aksi melakukan amang seksual terhadap mangsa.

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa dipanggil guru kaunseling yang mengesan perubahan mangsa apabila menjadi pendiam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1062834/lelaki-rakam-aksi-rogol-amang-seksual-anak-tiri-didakwa
Pages: [1]
View full version: Lelaki rakam aksi rogol, amang seksual anak tiri didakwa


ADVERTISEMENT