sfhzuraz Publish time 21-2-2024 02:07 PM

Kilang kertas punca bau busuk

Kilang kertas punca bau busuk

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
21 Februari 2024 01:11pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/21/2545517.jpg
Bau busuk disyaki daripada sebuah kilang yang memproses kertas terpakai di Tikam Batu Kedah. Foto JAS



SUNGAI PETANI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah telah menerima aduan orang awam berkaitan bau busuk yang mengganggu aktiviti harian penduduk di Kampung Tikam Batu Hujung, Tikam Batu, Kedah.
Susulan itu, satu siasatan telah dijalankan bagi mengesan masalah bau di sekitar perumahan penduduk yang terletak tidak jauh dari Kawasan Perindustrian Tikam Batu.


Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati bau busuk disyaki berpunca daripada masalah sistem pengolahan efluen perindustrian dari sebuah kilang di kawasan terbabit.
Menurutnya, kilang tersebut dikatakan menjalankan aktiviti memproses kertas terpakai untuk dijadikan produk kertas iaitu dikenali 'corrugated medium paper'.


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/21/2545516.jpg
Pemeriksaan dilakukan ke atas kilang yang didakwa mengeluarkan bau busuk sehingga boleh bau ke perumahan penduduk. Foto JAS



"Kilang ini juga didapati gagal memastikan semua komponen sistem pengolahan efluen perindustrian berfungsi dengan baik di mana kandungan oksigen terlarut di kolam pengoksidaan tidak berada dalam julat yang telah ditetapkan oleh JAS.
"Dalam masa sama, siasatan lanjut juga mendapati terdapat kesan enapan yang disyaki berpunca daripada pelepasan efluen yang tidak mematuhi had ditetapkan JAS di kawasan alur air dari kawasan kilang tersebut," katanya.
Beliau berkata, tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bawah Seksyen 38 (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 telah dikenakan.



"Ia bagi menghentikan operasi yang menghasilkan efluen masuk sistem pengolahan efluen perindustrian dan pihak premis telah diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja penambahbaikan bagi menangani masalah tersebut,"katanya.
Dalam perkembangan berlainan, JAS turut menyita sebuah kilang lagi di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di sini kerana melanggar arahan POK.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/21/2545518.jpg
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bawah Seksyen 38 (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 telah dikenakan ke atas kilang yang dikesan mengeluarkan bau busuk. Foto JAS



"Arahan itu bertujuan meminta agar kilang berkenaan tidak beroperasi sepanjang tempoh POK.



"Bagaimanapun, pengusaha dikesan telah memotong rantai kunci bagi membolehkan premis dapat beroperasi secara haram,"jelasnya.
Beliau berkata, kilang tersebut yang telah dikenakan tindakan POK bawah Seksyen 38 (1)(a) AKAS 1974 pada 22 Januari 2024 bagi menghentikan operasi yang menyebabkan pencemaran udara dan masalah bau sebelum ini.
Sehubungan itu, JAS Kedah telah menyita semula kelengkapan tersebut dan kes akan disiasat bawah Seksyen 48 AD (b) AKAS 1974 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM 10,000 atau penjara maksimum tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kilang kertas punca bau busuk - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Kilang kertas punca bau busuk


ADVERTISEMENT