mattzzx Publish time 21-2-2024 12:06 PM

Hutan Lipur Serting Ulu ditutup serta merta

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm20timpass_1708484215.jpg
LOKASI pokok tumbang mengorbankan kanak-kanak dan mencederakan kakaknya. Foto ihsan Polis.

Jempol: Angin kuat berkemungkinan faktor pokok di Hutan Lipur Serting Ulu, di sini tumbang dan menghempap dua beradik sehingga meragut nyawa seorang kanak-kanak.

Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan Hamidi Abd Halim berkata, siasatan awal mendapati pokok itu sihat dan berkemungkinan tumbang disebabkan angin kuat.

"Susulan kejadian itu hutan lipur berkenaan ditutup serta merta kepada orang ramai sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Kakitangan perhutanan akan terus mengawasi di lokasi supaya tiada sesiapa yang akan masuk ke kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi.



Hamidi berkata jabatan perhutanan akan menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, Hamidi berkata, susulan kejadian itu, jabatan perhutanan akan melakukan pemantauan di semua lokasi hutan lipur di negeri ini.

Semalam, seorang kanak-kanak, 4, maut manakala kakaknya, 9, cedera selepas dihempap pokok ketika berkelah di hutan lipur berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1062745/hutan-lipur-serting-ulu-ditutup-serta-merta
Pages: [1]
View full version: Hutan Lipur Serting Ulu ditutup serta merta


ADVERTISEMENT