CARI-HBZ Publish time 21-2-2024 11:53 AM

‘Sebenarnya Ada Tawaran, Tapi Bila Hantar Nama…Pihak Stesen Televisyen Tak Lulus’ – Azri Iskandar

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/21/115226aang313wzujcuq7c.png



Baru-baru ini, pelakon Azri Iskandar memberitahu dia kurang mendapat tawaran berlakon sehingga bayaran sewa rumahnya tertunggak.


Terbaru, menerusi temu bual bersama OhBulan! Azri berkata dia sebenarnya sudah menerima tawaran berlakon. Namun begitu, pihak stesen televisyen tidak meluluskan namanya.


"Sebenarnya ada tawaran, tapi bila hantar nama di stesen televisyen, stesen tak lulus. Saya rasa hairan juga. Apa yang tak boleh dengan saya? Lakonan yang mana saya tak bagus? Sedangkan saya tahu, saya boleh buat semua".


Disoal sama ada sudah minta penjelasan atau belum, bekas suami kepada Ellie Suriaty ini berkata, dia belum sempat meminta penjelasan daripada pegawai stesen televisyen tersebut.


"Tak minta penjelasan lagi sebab saya tidak berpeluang jumpa pegawai stesen televisyen. Kalau saya jumpa, saya akan tanya apa kriteria yang mereka pilih. Saya nak tahu kenapa pelakon lain dapat watak itu dan saya tak dapat. Itu untuk watak ayah-ayah yang handsome dan lain-lain".


OhBulan! sempat juga bertanya kepada Azri mengenai kontroversi yang melanda dirinya pada tahun lalu. Ujar Azri, kontroversi tahun lalu tidak mempunyai kaitan dengan situasinya pada masa ini.


"Saya tak rasa sebab kontroversi. Kontroversi semua berlaku tahun lepas. Lama dah. Saya banyak job lepas cerita lama itu. Cuma sekarang ini yang tiada. Memang saya tak tahu kenapa nama kena ‘reject’. Nanti saya jumpa, saya akan tanya".


Pelakon ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini turut menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya terlalu memilih watak.


"Saya tiada spesifik watak apa-apa. Apa sahaja yang menarik dalam kalangan masyarakat saya cuba bawa".


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/21/115223s9cd99v2tmdtpj1j.png





Berbicara mengenai bantuan, Azri memberitahu dia belum menerima sebarang bantuan daripada sesiapa selepas rakaman videonya bersama Melodi disiarkan minggu lalu.


"Buat masa ini tiada lagi yang hubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Cuma ada kawan-kawan yang tanya mengenai keadaan saya. Saya tak perlukan bantuan itu. Kalau nak bantu saya, kena banyak pakai duit. Kalau setakat RM10, RM20 simpan".


"Anak-anak saya tahu masalah saya. Ellie buat masa sekarang dia tidak menghubungi saya. Tapi kalau apa-apa, biasanya dia akan tolong kalau saya perlukan bantuan".


"Saya tiada perniagaan yang lain. Lakonan sahaja sumber pendapatan saya. Kalau saya tiada job macam sekarang, saya buat benda yang saya suka seperti membaca dan bersenam sedikit. Buat apa yang saya nak".


Azri yang ditemui selepas tayangan perdana filem ‘Janna Endoro’ di GSC Tropicana Gardens Mall, semalam, turut memberitahu bahawa kehadirannya di pawagam semalam, sebagai tanda sokongan terhadap rakan-rakan dalam industri seni.


"Saya hadir sebab beri sokongan. Barisan pelakon ni semua saya kenal. Mereka baik. Pekin tu dah macam adik saya. Daripada awal dia berlakon lagi dia rapat dengan saya. Cuma Trisha Ooi baru hari ni saya tahu".


Sumber : OhBulan

Carcosa Publish time 21-2-2024 12:13 PM



Kemainnnnn hasbeng Dr Azra Dira ni berckp :lol:


7337638914280197394

slyfynx Publish time 21-2-2024 12:30 PM

"Buat masa ini tiada lagi yang hubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Cuma ada kawan-kawan yang tanya mengenai keadaan saya. Saya tak perlukan bantuan itu. Kalau nak bantu saya, kena banyak pakai duit. Kalau setakat RM10, RM20 simpan"

Kenyataan paling dululu.
Mmg miskin tp berlagak

HappyGumbira Publish time 21-2-2024 12:41 PM

Lega acik ellie xyah nak pk masalah

tipah89 Publish time 21-2-2024 01:02 PM

patutla kena cerai dek acik elly. mcm xbetul

prettyuglybabe Publish time 21-2-2024 01:02 PM

berlagak tak hengat..
padan la takde orang tolong..

sayangselamah Publish time 21-2-2024 01:03 PM

Jarang artis veteran boleh survive sebab banyak saingan

MadameOnion Publish time 21-2-2024 02:00 PM

bila nak kawen dgn dato azra? boleh jadi datin

pocongkiutss Publish time 21-2-2024 02:11 PM

Amboiii

"Kalau nak bantu saya, kena banyak pakai duit. Kalau setakat RM10, RM20 simpan"

Patut la terpaut hati kt datuk paduka azra diera pingat atas meja dulu{:1_530:}{:1_530:}

green~tea Publish time 21-2-2024 02:12 PM

Dia ni dah tua.. so lebih elok berlakon dalam citer tv alhijrah tu.. yang kisah ala2 mastika penggali kubur tu

mawarkhayalan99 Publish time 21-2-2024 02:26 PM

heols tengah kacip ke tu

Rogue98 Publish time 21-2-2024 02:30 PM

Dah kenapa kena reject? Achik jera dah jadi CEO Stesen TV pulak ke?

akuMNdia Publish time 21-2-2024 02:40 PM

dulu elok2 acik elly bela ko, ko pulak pi mencurang..
skg sila la bela diri sendiri..

akuMNdia Publish time 21-2-2024 02:42 PM

pakcik ni serabai..suai watak org gila or penggali kubur jer

renko Publish time 21-2-2024 02:42 PM

gila ke rentua ni

LadyCarefree Publish time 21-2-2024 02:45 PM

Bila takde job berlakon, buat apa yg dia suka. Membaca dan bersenam.

LOL. Dia harapkan org bagi bantuan ribu raban ke?

sleepandream Publish time 21-2-2024 02:46 PM

stesen tv masih lobi melobi pelakon ke...
patutla drama tempatan tak berkembang sejak dolu

mamajawie Publish time 21-2-2024 03:59 PM

boleh la berjiran dengan tok kecut dekat kola ketil sana..biar jadi perkampungan retis2 yg suka minta bantuan..yihhhhh

izat123 Publish time 21-2-2024 04:08 PM

Btw Acik Elly makin lawa pulak lepas cerai. Masa kahwin dah macam apa dah serabut dia kadang macam tak mandi pun ya sekarang nampak lah lawa dia hahaha

Gorgos Publish time 21-2-2024 04:11 PM

Kenapa mata pakcik ni mcm tak bole focus dan nampak gelisah? Sampaikan ada org komen dia kacip.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: ‘Sebenarnya Ada Tawaran, Tapi Bila Hantar Nama…Pihak Stesen Televisyen Tak Lulus’ – Azri Iskandar


ADVERTISEMENT