maklukpenggoda Publish time 20-2-2024 09:45 PM

Dituduh 'swinger', bakal saman jika keterlaluan

Edited by maklukpenggoda at 20-2-2024 10:14 PM

PETALING JAYA: Aktres Emma Maembong, 32, menganggap dakwaan terbabit dengan aktiviti tidak bermoral iaitu 'swinger' atau bertukar pasangan bagi tujuan hubungan seks adalah isu picisan.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata gosip yang heboh diperkatakan dalam media sosial itu tidak berasas dan bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya keterlaluan.
"Orang akan cakap saya macam-macam. Kalau perkara ini tidak ada kena mengena dengan saya, buat apa saya nak respons? Saya tidak akan layan.
"Buat apa saya hendak melatah sebab tuduhan ini tak benar. Kalau betul, ia sudah viral sejak dulu lagi.
"Sejujurnya, saya malas hendak layan. Tapi, kalau keterlaluan sangat sudah tentu saya ambil tindakan. Kita ada undang-undang, kenapa hendak takut?
"Tapi saya fikir, ada duit ke hendak bayar jika saya saman? Kalau boleh saya tidak mahu ia berpanjangan," katanya ditemui pada sidang media dan majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya.
Biarpun sedar tuduhan berkenaan, pelakon kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu memilih tidak memanjangkan isu kerana enggan anak-anak dibayangi dengan cerita tidak baik mengenainya.
"Saya sudah ada anak. Jadi, saya tidak mahu anak baca berita tidak elok mengenai ibu mereka bila besar nanti. Kalau perkara benar, saya sendiri akan cakap sama ada betul atau tidak.
"Banyak lagi kontroversi yang datang 'tembak' saya sejak dulu. Sebelum berkahwin lagi saya akan cuba elak terpalit dengan macam-macam cerita.
"Saya manusia biasa dan bukannya robot yang tidak buat apa-apa. Sebenarnya, saya dan fitnah sudah seperti kawan baik," katanya.
Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan seorang artis wanita berkulit putih dan memiliki dua cahaya mata terbabit aktiviti bertukar pasangan untuk melakukan hubungan seks.
Dakwaan turut mengatakan, artis berkenaan menawarkan rakannya melakukan seks dengan suaminya ketika hamil.
Gara-gara itu, nama Emma dan suami, Muhammad Shazli Azhar secara tidak langsung dipetik dan didakwa terbabit dengan aktiviti tidak bermoral itu.Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli yang juga juruterbang pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq, 3, dan Shakil Aryan Shah, 1.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/02/1214723/emma-difitnah-terbabit-swinger

mojarean_X Publish time 20-2-2024 09:46 PM

I don't know her

nuralisa Publish time 20-2-2024 09:59 PM

Gossip kat mana ?

stingerkaypoh Publish time 20-2-2024 11:22 PM

masuk le board gosip..byk buleh kutip dlm tu... :)

bulalof Publish time 21-2-2024 07:52 AM

saman je la. ko biarkan org fitnah nanti jadi kebiasaan. walk the talk.

wadiunong Publish time 21-2-2024 08:05 AM

bulalof replied at 21-2-2024 07:52 AM
saman je la. ko biarkan org fitnah nanti jadi kebiasaan. walk the talk.

tp acik2 forum lain ckp kalo betul fitnah je buat apa nak bising2, senyap je kata diaorang. so how?:D

lasagna Publish time 21-2-2024 08:13 AM

iols tak prnh plak dgr gos gos swinger ni..
ada ke chuols? tepek sini if ado.

IzzahF Publish time 21-2-2024 08:43 AM

mana dorang dpt gossip2 mcm ni? mmg ada bukti ke? kalau teruk sgt kena fitnah..saman je la

tasha Publish time 21-2-2024 11:33 AM

Gossip swingger ke gossip nk sedekah laki main dgn kawan??Kan hari aku ada baca gossip tu kt sini tp siapa artis yg terlibat tidak diketahui....

juboqhang Publish time 21-2-2024 12:26 PM

choyyyyyyy

likilu Publish time 21-2-2024 04:41 PM

I bukan nak back up tapi topinasi kan yg first up issue ni pastu letak gambar dia bertudung n blur part muka?

Kalau org lain I mungkin nak jadi batu api tapi alahai topinasi separuh masak pun nak ajak menyaman, tak berbaloi. Netizen nanti kena hadap kittykudis tu nanti nangis leleh hingus time live adoi dah la Cik Ani

Diamondmoney Publish time 21-2-2024 05:18 PM

likilu replied at 21-2-2024 04:41 PM
I bukan nak back up tapi topinasi kan yg first up issue ni pastu letak gambar dia bertudung n blur p ...

Masa topinasi letak gmbr dia yg blur tu dpt rasa topinasi ni berniat jhat

Aku bkn fans ema tp aku rasa dia kk..takde la suka mencapup mana2. Buat hal sndiri je.yg penting bkn penonggeng agama

cicicumel Publish time 21-2-2024 05:20 PM

Saman je Charice tu

KiddInc Publish time 21-2-2024 05:25 PM

saman....saman....saman....
Pages: [1]
View full version: Dituduh 'swinger', bakal saman jika keterlaluan


ADVERTISEMENT