CARI-Author Publish time 20-2-2024 09:10 PM

"Bagai Kacang Lupakan Kulit" - Kesian Hanak Hekan Herlok Kena Bayar Lebih RM600K Dekat Apek Tua! Tapi Sebab Herlok Kita Kena Maapkan!

https://jurnaba.co/wp-content/uploads/2020/06/Peanuts_174247400.jpg
Gambar hiasan.

PELAKON Hun Haqeem diminta membayar ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada Metrowealth International Group (MIG) susulan melanggar kontrak bersama syarikat berkenaan tiga tahun lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pengarah urusan MIG, David Teo selepas Mahkamah Rayuan Shah Alam membuat keputusan memihak kepada syarikat itu pada 27 November 2023.

"Rayuan yang difailkan berpihak kepada kami dan Hun diarahkan membayar ganti rugi berjumlah RM613,950 dengan syarat kami tampilkan bukti kos kerugian.

"Dia juga diminta membayar kembali wang berjumlah RM30,240 iaitu bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini," katanya kepada mStar.

Menurut David, Mahkamah Sesyen yang mendengar kes tersebut sebelum ini mengetepikan kes pelanggaran kontrak pelakon berkenaan dan MIG perlu membayar baki tunggakan terbabit kepada Hun.

Bagaimanapun, MIG mengemukakan rayuan yang memperlihatkan keputusan berpihak kepada syarikat tersebut.

Hun atau Haqeem Hermy, 26, sebelum ini didakwa melanggar kontrak perkhidmatan selama lima tahun bersama MIG.

Ia susulan Hun bertindak keluar daripada pengurusan MIG ketika kontraknya masih berbaki dua tahun.

Sementara itu, David memberitahu dia bertegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hun kerana menyifatkan pelakon itu sebagai lupa diri ketika namanya berada di puncak populariti.

"Dia sudah tanda tangan kontrak, jadi dia tetap salah. Dia keluar ketika nama sedang meletup. Bagai kacang lupakan kulit.

"Ketika itu banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta ditolak dan disebabkan itu kami mengalami kerugian.

"Nilai tersebut yang akan kami kira semula untuk dihantar ke mahkamah," ujarnya.

Penerbit itu bagaimanapun memaklumkan Hun sudah membayar separuh daripada ganti rugi berjumlah RM30,240.

Untuk rekod Hun menamatkan kontrak bersama MIG pada tahun 2021.

CARI-Author Publish time 20-2-2024 09:11 PM

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F02%2F20%2F2553245.jpg
Hun (kanan) diperintah bayar ganti rugi kepada syarikat MIG.

CARI-Author Publish time 20-2-2024 09:11 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/02/20/2553168.jpg
David sifatkan Hun sebagai kacang lupakan kulit.

CARI-Author Publish time 20-2-2024 09:11 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/02/20/2553169.jpg
Hun dikatakan meninggalkan MIG ketika nama sedang popular.

mojarean_X Publish time 20-2-2024 09:17 PM

Edited by mojarean_X at 20-2-2024 09:20 PM

Jap mmg ada mahkamah rayuan shah alam ke? Ingatkan mahkamah tinggi shah alam je

Rogue98 Publish time 20-2-2024 09:49 PM

Camner apek ni pulak dapat 600k?
3 tahun lepas dia pun baru nak up jer and time COVID pulak tu. Kalau pulangkan 30k tu logic lah jugak.

FOTHER-MUCKER Publish time 20-2-2024 09:53 PM

Ingatkanbudak Vietnam ataupun Myanmar

slyfynx Publish time 20-2-2024 09:57 PM

Ni isu semasa kah?

Decaffeinated Publish time 21-2-2024 08:11 AM

Herlok ka? Macam muka Korea ja

Zep Publish time 21-2-2024 08:13 AM

Teringat pula bideo cikcap beliyau.

CARI-Author Publish time 21-2-2024 10:40 AM

helokk

AnBulisia Publish time 21-2-2024 10:51 AM

menyampah aku dengan tajuk wartawan cari ni
buat la ayat yang elok elok
tak abis abis dengan anak hekan herlok...
kunyit sungguh

AbukRokok Publish time 21-2-2024 10:53 AM

yg herlok helrlok la kita maafkan
buat apa nak maafkan yg xherlok?
xde faedah :lol:

AbukRokok Publish time 21-2-2024 10:54 AM

asal manusia fitrah dijadikan sukake keindahe dan keherlokan
bencikang kejelikang
siapa je yg suka jelik..sakit mata :lol:

CARI-Author Publish time 21-2-2024 09:04 PM

herlokk

rayna_raynes Publish time 21-2-2024 09:16 PM

mojarean_X replied at 20-2-2024 09:17 PM
Jap mmg ada mahkamah rayuan shah alam ke? Ingatkan mahkamah tinggi shah alam je

ada mahkamah tinggi, adalah mahkamah rayuan

rayna_raynes Publish time 21-2-2024 09:17 PM

Rogue98 replied at 20-2-2024 09:49 PM
Camner apek ni pulak dapat 600k?
3 tahun lepas dia pun baru nak up jer and time COVID pulak tu. Kala ...

Pandai manipulate value kontrak, bolehla letak jumlah berapa pun. Plus Hun dah makin sukses skrg, so sedap la dia letak value

irvene Publish time 21-2-2024 09:35 PM

herlok ke? dh la katek. next >>>

EncikRhoma Publish time 21-2-2024 09:40 PM

5 tahun bukannya lama pun. Tunggu la kejap. Dulu masa kontroversi video lemang berair dia tu pun MIG back up dia kan

mojarean_X Publish time 21-2-2024 09:41 PM

rayna_raynes replied at 21-2-2024 09:16 PM
ada mahkamah tinggi, adalah mahkamah rayuan

Maksud iols bkn mahkamah rayuan di putrajaya ke
Pages: [1] 2 3
View full version: "Bagai Kacang Lupakan Kulit" - Kesian Hanak Hekan Herlok Kena Bayar Lebih RM600K Dekat Apek Tua! Tapi Sebab Herlok Kita Kena Maapkan!


ADVERTISEMENT