sfhzuraz Publish time 20-2-2024 07:09 PM

Penghantar makanan maut motosikal langgar penghadang jalan

Penghantar makanan maut motosikal langgar penghadang jalan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
20 Februari 2024 06:26pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/20/2544754.jpg
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dalam insiden petang Selasa.



GEORGE TOWN - Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Bukit Gambir, di sini pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah.


Menurutnya, dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, mangsa dikatakan telah terbabas sendiri lalu melanggar pembahagi jalan.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 disyaki telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

"Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa menunggang motosikal dari Bukit Jambul menghala ke Jalan Yeap Chor Ee melalui Jalan Bukit Gambir," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, akibat daripada impak pelanggaran itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.
"Mayat mangsa yang berasal dari Sungai Rusa, Balik Pulau itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Penghantar makanan maut motosikal langgar penghadang jalan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Penghantar makanan maut motosikal langgar penghadang jalan


ADVERTISEMENT