sfhzuraz Publish time 20-2-2024 05:52 PM

Maritim gagalkan cubaan seludup masuk daun ganja

Maritim gagalkan cubaan seludup masuk daun ganja

20 Februari 2024 05:18pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/20/2544605.jpg
Anggota Maritim memeriksa tong yang dicampak ke laut dan menemukan daun ganja segar dianggar seberat 2 kg bernilai lebih RM6,000.- Foto: FB Maritim Malaysia Kedah



ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mematahkan cubaan menyeludup masuk daun ganja segar dari negara jiran di Pulau Langgun dekat Langkawi, semalam.
Pengarah APMM Kedah/Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah bot gentian di kedudukan 2.7 batu nautika utara pulau berkenaan pada jam 10 malam.


"Anggota APMM yang melakukan rondaan telah mengesan bot itu bergerak laju dalam keadaan gelap.
"Menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak membuang satu tong berwarna kuning ke laut dan menukar haluan dengan berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap tong itu menemukan daun ganja segar dianggar seberat dua kilogram bernilai lebih RM6,000.
Menurut Romli, daun ganja itu dipercayai cuba diseludup masuk untuk diproses dan dijual kepada rakyat tempatan.
"Semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - Bernama
Maritim gagalkan cubaan seludup masuk daun ganja - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Maritim gagalkan cubaan seludup masuk daun ganja


ADVERTISEMENT