mattzzx Publish time 20-2-2024 04:42 PM

Pelajar hilang di air terjun ditemukan lemas

https://assets.bharian.com.my/images/articles/lemas_hiasan_1708417109.jpg
Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam yang hilang di air terjun Lata Hammer, Bentong, dekat sini sejak Ahad lalu, ditemukan lemas hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mayat Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, ditemukan pada jam 11.50 pagi.

"Mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga semalam, turut dibantu dua anjing pengesan.



Polis sebelum ini mengesahkan Muhamad Hafiz beriadah di air terjun yang terletak di Jalan Lama Bentong-Gombak itu pada jam 12.30 tengah hari Ahad bersama tujuh rakannya.

Mangsa yang beralamat di Janda Baik, Bentong dikatakan hilang ketika keadaan di air terjun itu kelam-kabut disebabkan dua wanita hampir lemas, namun kedua-duanya berjaya diselamatkan orang awam di situ. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1214780/pelajar-hilang-di-air-terjun-ditemukan-lemas
Pages: [1]
View full version: Pelajar hilang di air terjun ditemukan lemas


ADVERTISEMENT